My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 2 September 2016

    Minyak Turun : Kerajaan Memikul Bebanan Untuk Rakyat Bergembira



    Semalam, sebagai hadiah yang tidak disangka sempena Hari Kebangsaan kali ke 59, kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak untuk RON 95 dan RON 97 dari RM 1.75 seliter kepada RM 1.70 seliter. Penurunan sebanyak RM 0.05 sen ini, walaupun nampak sedikit, sebenarnya ianya ada memberi impak besar kepada kerajaan.

    Berita penurunan ini pantas disambut dengan penuh syukur oleh mereka yang masih tahu erti nikmat manakala bagi mereka yang sudah hitam hatinya, penurunan ini disambut dengan cemuhan. Pelbagai alasan diberikan antaranya, harga minyak sepatutnya dibawah RM 1.50, kerajaan mahu memancing rakyat dan pelbagai dakwaan karut serta bodoh mereka keluarkan.

    Namun begitu, berapa ramai yang sedar, setiap kali penurunan harga minyak diumumkan, kerajaan sedikit sebanyak akan menanggung kesan secara langsung akibat penurunan harga minyak global. Tidak ramai yang sedar, disaat rakyat bergembira dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan akan bersiap sedia berhadapan dengan pengurangan perolehan kerajaan untuk bulan berkenaan.

    Seperti sedia maklum, Petronas merupakan antara penyumbang terbesar pendapatan kerajaan menerusi industri minyak. Melalui sumbangan royalti minyak sebanyak RM 26 bilion setahun, kerajaan akan menjana wang berkenaan untuk disalurkan kepada pembangunan negara melalui pelbagai pembangunan yang sedang giat dijalankan.

    Namun, disaat penurunan harga minyak di pasaran dunia hari ini, perolehan kerajaan menerusi royalti yang dibayar oleh Petronas dijangka akan menurun sebanyak RM 12 bilion. Ini menjadikan Petronas hanya mampu membayar RM 16 bilion setahun jika trend penurunan harga minyak ini berterusan.

    Penurunan pendapatan ini bukan sahaja melibatkan Petronas, malah beberapa industri yang melibatkan penggunaan minyak secara meluas yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pendapatan kerajaan. Maka disinilah timbul fitnah dikalangan pembangkang yang mendakwa kerajaan bakal menaikkan cukai GST bagi menampung kerugian yang dicatatkan.

    Walaupun kerajaan menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menegaskan, tidak pernah terlintas untuk menaikkan cukai GST, namun dikalangan pembangkang, GST dilihat seperti peluru mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ingin ditegaskan sekali lagi, walaupun trend penurunan minyak antarabangsa agak membimbangkan, namun kerajaan tidak akan sesekali menaikkan cukai GST bagi menampung kerugian.

    Disinilah perlunya kerajaan mengamalkan sikap berjimat cermat tanpa mengganggu sebarang pembangunan yang telah dirancang pada masa hadapan. Projek seperti pembinaan MRT, Lebuhraya Pan Borneo dan pelbagai lagi projek akan tetap diteruskan seperti biasa walaupun kerajaan agak tertekan dengan penurunan harga minyak pasaran global hari ini.

    Disebalik senyuman rakyat Malaysia yang bergembira dengan penurunan harga minyak, ingatlah, ada pihak yang sedang memikirkan bagaimana untuk membina sebuah negara yang maju dan makmur disaat perolehannya agak menyusut.

    Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan tidak merungut dengan keadaan semasa. Sudah menjadi tanggungjawab untuk kerajaan menguruskan keperluan rakyat walaupun hakikat sebenarnya, kerajaan berhadapan dengan pelbagai dugaan besar yang mahu melihat Malaysia gagal mencapai matlamatnya untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Minyak Turun : Kerajaan Memikul Bebanan Untuk Rakyat Bergembira Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top