My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 September 2016

    Mufti Arab Saudi Label Pemimpin Iran Kafir


    Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Al-Asheikh dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam menyatakan bahawa pemimpin musuh serantaunya, Iran sebagai kafir. Beliau berkata, pemimpin Iran menganggap pengikut Sunnah sebagai musuh mereka. 

    Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas komen pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mengkritik pengurusan haji oleh Arab Saudi dan mencadangkan negara-negara Islam supaya mempertimbangkan untuk menamatkan kawalan Arab Saudi ke atas ibadat haji.

    Ketika ditanya tentang kenyataan Ayatollah pada Isnin lepas, Abdul Aziz berkata, beliau tidak terkejut dengan perkara itu. “Kita perlu faham bahawa mereka (pemimpin Iran) bukan beragama Islam. Kebencian mereka terhadap orang Islam sudah lama berlaku,” kata Abdul Aziz yang dipetik laman berita, Arab News.

    Beliau berkata bahawa pemimpin Iran adalah “pengikut magus”, terma yang merujuk kepada agama majusi yang dipegang kuat empayar Parsi sehingga kedatangan Islam 13 abad lalu. Kenyataan Abdul Aziz mendapat respons negatif Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang mengkritik sekolah Wahabi di Arab Saudi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mufti Arab Saudi Label Pemimpin Iran Kafir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top