My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 September 2016

    Parti Baru Muhyiddin Lulus, Tapi Bukan Bersatu



    Setelah lebih sebulan menunggu, akhirnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Namun begitu, kelulusan berkenaan disertakan syarat yang harus di ikuti oleh parti yang menggunakan lambang Bunga Raya ini.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, syarat yang diberikan kepada Pribumi ini adalah tidak boleh menggunakan singkatan nama parti Bersatu sebaliknya hanya PPBM. 

    Menurut beliau, kelulusan itu diberikan secara prinsip kerana parti itu perlu menjelaskan dengan lebih lanjut terlebih dahulu peranan Pengerusi dan Presiden parti, sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.

    Beliau berkata, mengikut perlembagaan parti, Pengerusi berperanan mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi, manakala, Presiden mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden.

    Beliau turut menegaskan bahawa nama singkatan PPBM ini diluluskan selepas rundingan dilakukan antara parti itu dengan ROS, dan bukan Bersatu seperti yang dipohon di peringkat awal. Ini sekaligus menolak andaian yang mungkin akan timbul dimana kerajaan masuk campur dalam urusan nama parti politik ini.

    Beliau berkata, nama Bersatu ini tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini turut menggunakan perkataan Bersatu pada parti mereka. Justeru untuk mengelakkan kekeliruan, R.O.S telah meminta pihak parti berkenaan untuk menggugurkan istilah nama Bersatu dan digantikan dengan singkatan PPBM seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Parti Baru Muhyiddin Lulus, Tapi Bukan Bersatu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top