My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 5 September 2016

    ‘Sabah for Sabahan’ Rosakkan Perpaduan

    SELAMAT DATANG: Ketibaan Tawfiq (tiga kanan) disambut oleh penduduk kampung.

    Ungkapan ‘Sabah for Sabahan’ tidak akan menjamin kemajuan seseorang individu dan negeri secara keseluruhannya, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Menurutnya, ungkapan itu hanya akan merosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama, selain boleh membawa kepada perpecahan antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini. 

    Justeru katanya, apa yang ingin kita lahirkan ialah golongan masyarakat berkualiti dan berfikiran global kerana kita bukan sahaja akan bersaing di peringkat tempatan, bahkan akan melangkaui dunia luar yang sudah tidak mempunyai sempadan.

    “Sekiranya kita berkompromi tentang kualiti dan bersaing hanya kerana Sabah for Sabahan kita akan kehilangan kualiti kerana kita akan hanya bersaing dalam kalangan kita sahaja,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payung dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Payung di Dewan Mini Kampung Batu Payung, di sini.

    Turut Hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Sarman Amat Simito dan Pengerusi KRT Batu Payung Amat Salleh.

    Oleh yang demikian katanya, kanak-kanak dan golongan muda harus diberikan pendedahan berhubung kepentingan sambutan bulan kemerdekaan kerana ia merupakan senjata ampuh dalam melahirkan masyarakat berkualiti pada masa hadapan.

    Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap program seumpama ini diadakan di daerah mahupun kampung lain bagi menanamkan semangat cintakan negara khususnya kepada generasi belia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Sabah for Sabahan’ Rosakkan Perpaduan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top