My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 9 September 2016

    Sukan Paralimpik Rio Buka Tirai


    Temasya sukan berprestij dan terbesar untuk atlet kurang upaya, Sukan Paralimpik Rio de Janeiro bermula secara rasmi kelmarin. Langit di sekitar Stadium Maracana yang terletak di bandar raya metropolitan Brazil itu sekali lagi menjadi terang benderang oleh percikan pertunjukan bunga api yang menyerikan upacara perasmian tersebut. 

    Presiden baharu Brazil, Mi­chel Temer merasmikan upaca­ra penuh gilang gemilang itu bagi menandakan bermulanya persaingan mencipta kecemerlangan dalam temasya yang akan berlangsung selama 11 hari. Temasya kali ini melibatkan 4,300 atlet kurang upaya dari 161 buah negara. 

    Kontinjen Malaysia yang di­ketuai Dr. Ang Kean Koo dan pembawa Jalur Gemilang, Abdul Latif Romly bersama 21 atlet negara akan membawa cabaran Malaysia memburu pingat emas pertama dalam sukan terbesar untuk atlet kurang upaya itu.

    Kontinjen negara melangkah ke dalam Stadium Maracana dengan segak mengenakan baju kurung dan baju Melayu berwarna jingga dengan motif jalur harimau pada selendang dan kain samping mereka. Atlet negara akan menyertai lapan daripada 23 acara sukan yang dipertandingkan kali ini. 

    Sebagai rekod, Malaysia mula menyertai Sukan Paralimpik pada tahun 1972 di Heidelberg, Jerman melibatkan tiga atlet sahaja, namun untuk tiga temasya berikutnya tiada atlet negara terlibat. Kontinjen negara kembali menyertai temasya berkenaan pada 1988 di Seoul, Korea Selatan dan berjaya memenangi pingat pertama gangsa menerusi P. Mariap­pan dalam acara powerlifting.

    Pada temasya berikutnya di Barcelona 1992, kontinjen Malaysia memperbaiki pungutan pingat dengan satu perak melalui Cheok Kon Fatt dalam acara powerlifting dan dua gangsa masing-masing oleh Mariappan (powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (olahraga).

    Pada edisi ke-13 di Beijing, China 2008, atlet powerlifting, Siow Lee Chan mencatat sejarah negara dengan muncul atlet wa­nita pertama memenangi pingat dalam temasya itu. Pingat gangsa itu adalah satu-satunya pingat kontinjen Malaysia di Beijing.

    Seterusnya di London pada 2012, kontinjen negara meraih pingat perak melalui Hasihin Sanawi dalam acara memanah (recurve) dan satu pingat gangsa melalui Muhammad Ziyad Zolkefli dalam olahraga (lontar peluru).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sukan Paralimpik Rio Buka Tirai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top