Calon presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump berikrar akan meningkatkan perbelanjaan tentera AS dan segera meminta satu pelan tindakan untuk menghapuskan kumpulan militan Daesh sekiranya beliau menjadi Presiden.
Bercakap kepada penyokongnya di bandar raya Philadelphia kelmarin Trump berkata, beliau akan meminta jeneral-jeneral AS supaya merangka satu pelan biru dalam masa 30 hari bagi menghapuskan Daesh selepas menduduki White House.

“Legasi Clinton di Iraq, Libya, Syria hanyalah pergolakan, penderitaan dan kematian,” kata Trump kepada penyokongnya.
“Sebaik sahaja menduduki White House, saya akan minta jeneral-jeneral AS supaya membentangkan satu pelan menyeluruh dalam tempoh 30 hari untuk menentang dan menghapuskan kumpulan militan Daesh. Usaha ini bukan sahaja terhad kepada perang kovensional tetapi juga melibatkan perang siber, kewangan, dan ideologi,” tambahnya.

“Kita akan mempertahankan negara ini kerana tanpa pertahanan, kita tidak akan memiliki sebuah negara.” ujarnya. Sebahagian besar tinjauan pendapat mendapati saingan antara Trump dan Clinton amat sengit menjelang pilihan raya Presiden AS pada 8 November depan.
0 comments:
Post a Comment