My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 September 2016

    Suruhanjaya Perdamaian Myanmar Hadapi Tentangan



    Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di ne­geri Rakhine, barat laut Myanmar semalam kerana membantah sebuah suruhanjaya pendamai yang diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan bagi menyelesaikan konflik antara pe­nganut Buddha dan etnik minoriti Islam Rohingya.

    Konflik Rohingya menimbulkan kesangsian tentang komitmen pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam memperjuangkan hak asasi manusia di samping menjadi isu sensitif buat partinya, Liga Demokrasi Kebangsaan yang menang besar dalam pilihan raya 2015. Penduduk tempatan dan sami Buddha menyertai bantahan itu dengan kawalan ketat polis ketika hujan turun di Rakhine.

    Mereka membantah apa yang dilihat sebagai campur tangan asing dan berat sebelah daripada sembilan anggota suruhanjaya itu. Suara ejekan penunjuk pe­rasaan semakin kuat ketika pesawat Annan tiba di sebuah lapangan terbang di ibu negeri Rakhine, Sittwe.

    Mereka mengekori konvoi Annan ke pusat bandar di mana beliau memberikan ucapan dan menemui penduduk beragama Buddha serta masyarakat Rohingnya semasa lawatan dua harinya ke Sittwe. 

    “Kami berada di sini untuk membantu memberikan idea dan nasihat,” kata Annan kepada pegawai dan pemimpin tempatan di luar sebuah bangunan kerajaan di Sittwe. “Kami juga maklum tentang bantahan, kebimbangan dan kesangsian yang tak kunjung reda,” tambahnya.

    Dewan Rendah Parlimen Myan­mar semalam membincangkan sama ada rakyat ­asing perlu disingkirkan daripada panel tersebut tetapi kemungkinan itu adalah rendah. “Saya tidak mahu orang ­asing terlibat dalam suruhanjaya ini. Saya mahu melihat sebuah suruhanjaya yang disertai oleh anak jati Rakhine,” kata seorang tukang kayu berusia 52 tahun, Kyaw Zin Wai.

    Suruhanjaya itu terdiri daripada enam warga Myanmar dan tiga rakyat asing. Lebih 100 orang terbunuh dan beberapa kejiranan di Rakhine dibakar ketika penduduk beragama Buddha bertempur dengan etnik Rohingya pada 2012. Sehingga kini, seramai 125,000 etnik itu masih menjadi pelarian.

    Masyarakat Rohingya di Myan­mar dinafikan hak kerakyatan dan kemudahan asas, manakala pergerakan mereka juga disekat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suruhanjaya Perdamaian Myanmar Hadapi Tentangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top