INDONESIA sekadar memerlukan 22 minit untuk melakukan impak di pentas antarabangsa selepas bebas daripada penggantungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak Mei lalu apabila menewaskan skuad Harimau Malaysia 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Manahan, Solo malam tadi.

Dalam aksi itu, skuad Garuda menghukum kerapuhan benteng pertahanan negara yang diketuai Fadhli Shas dan Ronny Harun menerusi jaringan awal Boaz Solossa seawal minit ketujuh. Berselang dua minit kemudian, Irfan Bachdim menggandakan kedudukan sebelum Solossa meledak gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit ke-22.

Selepas pertemuan dengan Indonesia, skuad negara bakal menentang Singapura dalam aksi pemanas badan di Kallang, Singapura pada (7 Oktober) dan menanti kunjungan Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini.
0 comments:
Post a Comment