My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 September 2016

    UDA Holdings Beli 202 Hektar Tanah Bangun Projek Baru


    UDA Holdings Bhd merancang membeli lebih banyak tanah untuk pembangunan projek perumahan dan komersial pada masa depan berikutan sektor hartanah dijangka pulih daripada kelembapan susulan ketidaktentuan ekonomi dalam dan luar negara. 

    Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, bagi mengukuhkan kedudukan UDA Holdings dalam sektor hartanah, pihaknya membeli tapak seluas 202 hektar sebagai persediaan membangunkan projek baru kelak. Katanya, pembelian tapak baru itu bagi meningkatkan simpanan aset tanah milik syarikat berkenaan yang kini mencecah 404 hektar.

    “Kami yakin sektor hartanah mempunyai potensi cerah pada masa depan walaupun keadaan ekonomi global agak lembab ketika ini. Sebagai contoh, kumpulan UDA masih mampu memperoleh pendapatan mencecah RM500 juta hasil jualan projek sehingga Julai tahun ini,” katanya selepas pelancaran projek perumahan Crescent Dew di Bertam.

    Projek perumahan berkonsep ‘resort’ itu dilancarkan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah membabitkan keluasan lebih 50 hektar tanah mengandungi 43 unit rumah semi D serta banglo dua dan tiga tingkat berharga antara RM860,000 hingga RM1.2 juta seunit.

    Unit rumah berkenaan dibina untuk mereka yang mahukan kediaman tenteram dengan dikelilingi tasik selain kemudahan kelab ‘lakeside’, pusat riadah dan rekreasi, taman permainan, trek joging serta trek basikal.

    Sementara itu, Mohd Shafei berkata, lokasi Crescent Dew sangat strategik kerana hanya mengambil masa lima minit untuk ke susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bertam dan hanya 20 minit untuk ke pusat bandar Sungai Petani, Kedah.

    “Selain Crescent Dew, UDA Holdings melalui anak syarikatnya UDA Land (North) Sdn Bhd turut membangunkan projek komersial dinamakan Gravitas di Taman Pauh Jaya, Jalan Baru, Prai,” katanya.

    Selain dua projek mewah di Pulau Pinang, UDA turut terbabit dalam pembangunan Lembah Klang terutama bagi projek Legasi Kampung Baru yang bakal dibangunkan mengikut konsep Islam kontemporari merangkumi 43 unit ruang niaga, 83 unit ruang komersial dan 639 kediaman.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UDA Holdings Beli 202 Hektar Tanah Bangun Projek Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top