My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 3 November 2016

    Interchange Ke SGIFF




    Filem Interchange arahan Dain Said serta lakonan Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution antara enam filem tempatan yang terpilih mewakili negara sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura yang ke-27 (SGIFF) pada 23 November hingga 4 Disember ini. 

    Lima lagi filem lain yang turut terpilih ialah Voyage to Terengganu (Kisah Pelayaran Ke Terengganu) arahan Amir Muhammad dan Badrul Hisyam Ismail, Singing in Graveyards (Bradley Liew), Absent Without Leave (Lau Kek-Huat) dan dua lagi karya iaitu Mrs K serta Art Through Our Eyes to Singapore (Ho Yuhang).

    Interchange diterbitkan Apparat dan dibiayai Sonneratia Capital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selain penerbit Indonesia, Cinesurya. Interchange juga akan ditayangkan kepada barisan delegasi yang hadir sempena acara pembukaan festival di Marina Bay Sands, Singapura nanti.

    Sementara itu, dokumentari Kisah Pelayaran Ke Terengganu memaparkan rakaman perjalanan Amir yang mengunjungi negeri itu pada Disember tahun lalu dan temubual bersama rakyat di negeri itu.

    Ia juga berdasarkan kata-kata bapa kewartawanan Melayu, Munshi Abdullah dalam bukunya Pelayaran ke Pantai Timur (1838) yang memberi gambaran buruk kepada Terrengganu dan rakyatnya. Sebanyak 161 karya termasuk filem pendek membabitkan penyertaan dari 52 negara tersenarai sempena penganjuran festival kali ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Interchange Ke SGIFF Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top