My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 3 November 2016

    Mampu Bayar Pendeposit



    Lembaga Tabung Haji (TH), menegaskan bahawa pihaknya tidak berselindung dalam memberikan fakta kewangan dalam Laporan Tahunan TH 2015. Malah, laporan itu sudah mendapat sijil auditan bersih daripada Jabatan Audit Negara. 

    Pada 31 Disember 2015, jumlah simpanan bersih TH yang merangkumi jumlah kesemua simpanan masuk setelah ditolak kesemua pengeluaran adalah sebanyak RM4.97 bilion.

    Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata, TH mampu membayar keseluruhan pengeluaran wang pendeposit jika diminta kerana Nilai Aset Boleh Direalisasikan berjumlah RM64.74 bilion malah, ada lebihan aset bersih bernilai RM1.44 bilion pada tempoh yang sama.

    Katanya, TH tidak bersandarkan simpanan bersih pendeposit untuk membayar bonus. "Pembayaran bonus TH adalah daripada keuntungan TH dan bukan daripada peningkatan simpanan bersih pendeposit. Jika TH mengalami kerugian sudah pasti kami tidak mampu untuk membayar bonus kepada pendeposit," katanya pada sidang media berhubung isu kedudukan kewangan TH di sini, hari ini.

    Beliau menepis dakwaan yang mengatakan bahawa TH tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mampu Bayar Pendeposit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top