Sepanjang kewujudan portal pro pembangkang, MalaysiaKini, belum pernah ada mana-mana pihak berani tampil kepejabat portal berkenaan bagi membantah semua penulisan yang dilihat pro pembangkang dan cuba menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada kerajaan.
Sejak sekian lama penubuhannya, MalaysiaKini sentiasa cuba menimbulkan pelbagai persepsi negatif sehinggalah terdapat maklumat mendedahkan bagaimana George Soros membiayai perjalanan portal berkenaan serta turut sama menaja gerakan BERSIH menerusi Open Society Foundation (OSF).
Namun hari ini, seorang anak Sekinchan, Datuk Seri Jamal Md Yunus tampil ke pejabat MalaysiaKini bersama-sama 100 orang pengikutnya bagi menuntut pihak portal berkenaan menjelaskan dana yang disumbangkan oleh penyangak matawang antarabangsa, George Soros terhadap portal berkenaan.
Dalam gerakan berkenaan, kesemua peserta melaungkan 'Merah, Merah' dan 'Hancur Soros'. Tidak lama kemudian, Datuk Seri Jamal dan beberapa wakil Gerakan Baju Merah akhirnya dibenarkan masuk ke premis Malaysiakini.
Beliau dilaporkan bertemu dengan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan. dalam perjumpaan yang turut di iringi oleh beberapa orang anggota polis itu, Datuk Seri Jamal melahirkan bantahan terhadap Malaysiakini yang menerima bantuan antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
Malah, beliau turut mempersoalkan laporan yang dibuat oleh portal berkenaan yang dilihat bertujuan untuk menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan. Malah, kebanyakan laporan yang dibuat MalaysiaKini juga disifatkan beliau banyak berunsur hasutan dan fitnah yang boleh mengancam keselamatan negara.
Dalam sidang medianya selepas itu, Datuk Seri Mohd Jamal menuntut pihak MalaysiaKini memberikan jawapan terhadap apa yang dibangkitkannya sebelum atau pada jam 12 tengah hari Sabtu ini.
"Jika kami tidak mendapat penjelasan yang memuaskan separuh daripada bangunan ini akan runtuh," katanya. Apabila diminta apa yang dimaksudkannya, Jamal berkata tunggu Sabtu ini sambil menambah beliau akan membawa kira-kira 20,000 penyokong bagi mendesak MalaysiaKini memberikan jawapan terhadap persoalan yang diajukan beliau.
Sementara itu, dalam satu reaksi, pihak MalaysiaKini dilaporkan akan memberikan jawapan seperti apa yang diminta oleh Datuk Seri Jamal secepat mungkin. Walaupun pihak mereka masih agak terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka ini, namun, untuk memenuhi kemahuan Datuk Seri Jamal, mereka akan mengemukakan jawapannya sedikit masa lagi.

0 comments:
Post a Comment