My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 6 July 2017

    Bayangan Ucap Selamat Tinggal


    Menerima jolokan ‘godfather’ Marvel Cinematic Universe, bintang popular Robert Downey Jr mengejutkan ramai apabila memberi bayangan mahu meninggalkan wataknya sebagai adiwira Iron Man. Pelakon berusia 52 tahun itu meluahkan keraguan terhadap masa depannya dengan Marvel Studios ketika ditemu bual wartawan News Corp Australia Network, baru-baru ini. 

    Downey kembali memakai perisai besi Iron Man buat kali kelapan dalam filem baru Spider-Man: Homecoming yang akan menemui penonton di seluruh negara, hari ini. Meskipun niat itu ada, bapa kepada dua anak berusia lima dan dua tahun ini sudah menandatangi kontrak untuk membintangi Avengers 3 dan Avengers 4.

    Menurut Daily Mail, Downey mula berfikir mengenai perkara itu selepas terpegun melihat persembahan penuh bertenaga pelakon muda Tom Holland sebagai Spider-Man.

    “Saya tidak mahu membuat keputusan ini dan membuat keputusan untuk berlakon sekali lagi,” katanya. Pelakon itu turut mengakui sudah penat menjadi Iron Man yang juga jutawan terkenal bernama Tony Stark.

    “Saya cuma mahu berhenti sebelum saya menjadi malu,” katanya yang bimbang lakonannya sebagai Iron Man terlalu lama.

    Dalam pada itu, Downey memuji Holland dengan menyifatkan pelakon berusia 21 tahun itu seorang yang berbakat dan bijak. Downey yang sudah satu dekad menjadi Iron Man itu turut mengesahkan tiada perancangan untuk filem Iron Man keempat dalam masa terdekat ini.

    Kali terakhir Downey membintangi watak utama adalah pada 2014 dan selepas itu, dia memperlahankan karier lakonannya untuk memberi perhatian kepada anaknya, Exon serta Avri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayangan Ucap Selamat Tinggal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top