My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 6 July 2017

    Sambutan Positif



    Kementerian Kewangan (MoF) mula membuka permohonan cadangan (RFP) untuk pihak yang berminat menyertai projek Bandar Malaysia mulai semalam. 

    Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi Bandar Malaysia Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pihaknya menerima sambutan positif RFP untuk projek Bandar Malaysia. Beliau berkata, kriteria dan syarat baru untuk penyertaan dalam RFP juga akan ditetapkan dan ini termasuk fokus kepada pengalaman serta syarikat dalam senarai Fortune 500.

    “RFP secara rasminya dibuka kepada pihak yang berminat hari ini (semalam) untuk membida sebagai pemaju induk projek Bandar Malaysia dan ia terbuka kepada sesiapa saja yang layak untuk mengemukakan RFP sama ada pemaju tempatan ataupun luar negara.

    “Selagi ia memenuhi kriteria, kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin memohon,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Serantau Kumpulan Perbankan RHB, di sini, semalam.

    Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan RHB Datuk Khairussaleh Ramli. Bandar Malaysia terletak di tapak bekas lapangan terbang lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) di Sungai Besi, hanya kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

    Projek Bandar Malaysia akan dibangunkan di bawah model kerjasama awam- swasta dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM150 bilion yang mempunyai potensi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi masa depan.

    Beliau berkata, Bandar Malaysia akan dibangunkan sebagai pembangunan berorientasikan transit, berasaskan penggunaan maksimum pengangkutan awam dengan kerajaan menetapkannya sebagai terminal untuk projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

    Menurutnya, kawasan di sekitar pembangunan itu akan turut mendapat manfaat daripada pemodenan infrastruktur yang dibawa oleh Bandar Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sambutan Positif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top