My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 2 July 2017

    Chelsea Silap Lepas Costa



    Pemain sayap Chelsea, Pedro mengakui bahawa pasukannya akan merasai kehilangan Diego Costa sekiranya membuat keputusan untuk melepaskan pemain itu musim depan. 

    Bekas pemain Barcelona itu mengakui bahawa rakan sepasukannya di Chelsea dan skuad kebangsaan Sepanyol itu kuat dikaitkan untuk kembali menyertai bekas pasukannya, Atletico Madrid biarpun kelab itu kini dilarang untuk melakukan sebarang urusan perpindahan pemain.

    Pengurus Chelsea, Antonio Conte sebelum ini dikatakan telah memberitahu Costa bahawa pemain itu tidak berada dalam perancangannya untuk musim depan biarpun berjaya menjaringkan 20 gol musim lalu serta melakukan tujuh umpanan gol untuk membolehkan The Blues meraih gelaran Liga Perdana England.

    Selain kembali ke Atletico, beberapa kelab lain seperti AC Milan dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Costa begitu juga dengan beberapa kelab China yang belum berputus asa untuk membawanya ke Liga Super China biarpun pemain berusia 28 tahun itu telah mendedahkan bahawa dia tidak berminat kerana ia boleh menjejaskan peluangnya beraksi di Piala Dunia tahun hadapan.

    Namun, Pedro menganggap Stamford Bridge adalah tempat terbaik buat Costa untuk meneruskan kariernya. “Kita akan lihat apa yang akan berlaku terhadap Diego (Costa) nanti. Sudah pasti dia seorang pemain yang penting buat kami. Dia telah menjaringkan sebahagian besar gol untuk kami musim lalu. Dia merupakan seorang penyerang yang sangat digeruni oleh pemain pertahanan lawan. 

    “Dia sering memberikan kami kekuatan tambahan. Dia pemain yang kuat, mampu menjaringkan gol dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk membantu pasukan. Jika akhirnya dia terpaksa juga meninggalkan kami, saya fikir Chelsea akan merasai kehilangannya dan ia memberikan kami kesan yang besar.

    “Ia masih awal tetapi sebagai seorang pemain Chelsea dan rakannya, saya berharap dia akan terus kekal,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Conte dikatakan bersedia untuk melepaskan Costa ekoran penyerang Everton yang juga merupakan bekas pemain Chelsea sebelum ini, Romelu Lukaku kuat dikaitkan akan kembali menyertai pasukan yang berpangkalan di London itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Chelsea Silap Lepas Costa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top