My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 2 July 2017

    India Mula Laksana GST



    Kerajaan India semalam mula melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebagai satu langkah reformasi fiskal terbesar dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan mengurangkan rasuah. Perdana Menteri, Narendra Modi mengadakan sesi khas di Parlimen pada tengah malam untuk pelancaran GST yang digelar beliau sebagai baik dan mudah. 

    Kerajaan berkata, GST akan menggantikan sehingga 500 cukai berbeza yang dikenakan secara menyeluruh dan oleh 29 negeri di India. “GST sangat mudah, ia satu sistem telus yang mencegah penjanaan wang haram dan mengatasi rasuah. Sistem ini memberi peluang kepada kejujuran dan orang yang melakukan perniagaan secara jujur,” kata Modi.

    Bagaimanapun, beliau mengakui, di peringkat awal rancangan untuk melaksanakan cukai tersebut mendapat tentangan daripada beberapa pihak manakala Parti Kongres selaku pembangkang turut memboikot pelancaran GST.

    “Walaupun jika kamu mempunyai doktor yang mengetahui berapa jumlah kuasa yang diperlukan untuk cermin mata sendiri, anda sentiasa perlukan beberapa hari untuk membiasakan diri dengan kaca mata baharu,” kata Modi.

    Golongan peniaga bimbang mengenai implikasi GST yang bertujuan untuk mengubah negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 1.2 bilion itu di sebalik pasaran ekonomi bernilai AS$2 trilion (RM8.5 trilion) kepada pasaran tunggal.

    Kebanyakan pakar ekonomi bersetuju dengan pelaksanaan GST yang mula dicadangkan kerajaan India pada tahun 2006, namun mereka memberi amaran kesannya tidak dapat dilihat dalam tempoh jangka pendek memandangkan setiap perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan cukai tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: India Mula Laksana GST Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top