• PANAS

    Sunday, 2 July 2017

    Pusat Tahanan PATI Dijangka Sesak



    Operasi besar-besaran Jabatan Imigresen untuk memburu dan menangkap kira-kira 1.1 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan Enforcement Card (E-Kad) menimbulkan persoalan apabila pusat tahanan imigresen di seluruh negara hanya boleh memuatkan kira-kira 36,300 orang pada satu-satu masa. 

    Angka itu cuma meliputi 3.3 peratus daripada jumlah keseluruhan PATI yang belum memohon E-Kad yang tamat tempoh permohonannya kelmarin sejak ia dilancarkan pada 15 Februari lalu. 

    Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya akan memastikan proses penghantaran pulang PATI dilakukan segera bagi memastikan depot tahanan tidak sesak.

    Menurut beliau, pihaknya telah mengisytiharkan pelaksanaan Hari-Hari Operasi bagi memastikan negara bebas daripada PATI.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pusat Tahanan PATI Dijangka Sesak Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top