Sebuah restoran yang terletak di Likas Plaza dekat sini diarah tutup semalam selepas satu rakaman video mengenai kehadiran tikus di sudut makanan premis itu menjadi viral di laman sosial.
Video berdurasi 34 saat yang memaparkan beberapa ekor tikus memasuki ruang pameran makanan tanpa disedari pengusaha restoran itu dipercayai dirakam pelanggan.
Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setelah menerima aduan daripada orang awam. Difahamkan, beberapa pengadu telah melahirkan rasa tidak puas hati apabila rakaman video mengenai kehadiran tikus di premis berkenaan tular melalui aplikasi WhatsApp.
0 comments:
Post a Comment