My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 11 July 2017

    Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton



    Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan, beliau tidak mampu menghalang Wayne Rooney daripada kembali ke Everton selepas penyerang itu sendiri memohon untuk keluar dari Old Trafford. 

    Meskipun beliau merupakan peminat Rooney, namun Mourinho terpaksa melepaskan pemain tersebut bagi membolehkan Rooney kembali ke pasukan lamanya dengan kontrak selama dua tahun. 

    “Sebenarnya ia bukan rahsia lagi bahawa saya sangat meminati Rooney kerana dia merupakan pemain yang boleh dijadikan contoh kepada pemain-pemain muda dan saya yakin dia akan dikenang dalam lipatan sejarah United.

    “Bukannya mudah buat seorang pemain hebat apabila tidak selalu beraksi. Jadi, saya tidak mampu menghalang hasratnya untuk kembali menyertai Everton. Saya harap dia terus cemerlang pada masa depan,” kata Mourinho.

    Kekosongan ditinggalkan Rooney bakal diisi penyerang Everton, Romelu Lukaku yang dikatakan sudah melepasi ujian perubatan bersama United.

    Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward turut mengalungkan penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan Rooney sepanjang 13 musim bersama skuad The Red Devils itu. 

    “Wayne (Rooney) sudah men­­jadi pemain yang hebat bersama United dan sentiasa menunjukkan aksi terbaik sejak menyertai kami. Saya mewakili jutaan peminat di seluruh dunia berharap dia terus beraksi dengan baik dalam kariernya,” ujar Woodward.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top