My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 3 July 2017

    Safee Terpaksa Berehat Dua Bulan



    PASUKAN berstatus kelab, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) hilang khidmat penyerang, Mohd. Safee Sali yang mengalami keretakan tulang selangka (collar bone) sewaktu beraksi menentang Melaka United pada kancah Liga Super di Shah Alam kelmarin.

    Safee yang juga ketua pasukan terpaksa diketepikan kira-kira enam minggu dan hanya boleh jalani latihan selepas dua bulan. Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 33 tahun itu agak menjejaskan moral skuad PKNS FC terutama apabila bakal menentang Perak pada kancah Piala Malaysia Selasa ini.

    “Bagaimanapun saya yakin jurulatih (E. Elavarasan) mempunyai alternatif untuk mencari pengganti posisi yang ditinggalkan itu atau dia akan mengubah taktikal apabila beraksi menentang Perak nanti. 

    “Bagi baki saingan liga dan Piala Malaysia, apabila kecederaan berlaku, kita ada beberapa pemain lain yang mampu untuk beraksi dalam satu pasukan. Apabila aksi memasuki bulan Julai, kita terpaksa berdepan dengan jadual yang padat yang mana risiko kecederaan atau layangan kad mungkin berlaku.
    “Justeru, mahu atau tidak, kita perlu menggunakan sistem penggantian pemain secara kerap bagi mengelakkan pemain-pemain utama mengalami keletihan atau berdepan risiko kecederaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Selain Safee, seorang lagi pemain tonggak, P. Gunalan juga terpaksa direhatkan selepas mengalami apendiks pada Khamis lalu. Pada aksi itu, bekas pemain Johor Darul Ta’zim itu menyelamatkan maruah skuad Red Ants daripada kekalahan apabila berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti untuk mengikat Melaka United 1-1 sehingga tamat perlawanan.

    Sementara itu, Elavarasan mengesahkan Safee bakal menjalani pembedahan untuk memasukkan besi dan terpaksa melupakan saingan liga serta Piala Malaysia sepanjang Julai ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Safee Terpaksa Berehat Dua Bulan Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top