My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 3 July 2017

    Realiti Syawal Elly Mazlein


    TIDAK banyak yang disediakan oleh Elly Mazlein bagi menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini. Cukup sekadar sepasang baju yang berona sedondon dengan ayah dan anaknya, sambutan Aidilfitri penghibur berusia 37 kali ini sudah dikira meriah. 

    “Persiapan untuk sambutan hari raya sederhana sahaja. Alhamdulillah, rezeki saya dan anak cukup murah pada tahun ini. Banyak butik menghadiahkan busana raya untuk kami anak-beranak.

    “Selain itu, ada peminat yang turut menghadiahkan kuih raya kepada saya. Sejujurnya, saya berasa sangat bersyukur dan menerima pemberian tersebut dengan hati yang terbuka,” jelas Elly atau nama lengkapnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sambil tersenyum.

    Tambah ibu kepada Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun itu, tidak menjadi kebiasaan bagi dirinya sekeluarga untuk mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk menyediakan persiapan raya. “Saya lebih gemar menggunakan peruntukan yang ada sebagai duit raya untuk ayah, Sefhia dan sanak saudara.

    “Kemungkinan besar, saya juga akan mengadakan jamuan makan bersama ahli keluarga sempena kedatangan hari raya,” katanya yang pulang beraya ke Tanjung Malim, Perak tahun ini.

    Menyentuh mengenai hubungan akrab dengan bapa, Syed Hanafi Syed Abdullah, 63, yang kini tinggal bersamanya, Elly mengakui telah mengambil tanggungjawab mengepalai keluarga dan menyediakan keperluan orang tuanya sejak usia 24 tahun lagi.

    “Sejak bergelar penyanyi dan mempunyai pendapatan tetap, saya sudah mula mengambil alih tanggungjawab ayah dan ibu dalam hal kewangan. Puteri tunggal Elly ini merupakan semangat mencari sumber rezeki.

    “Lebih-lebih lagi apabila ibu saya, Sabariah Ahmad meninggal dunia tiga tahun lalu, tanggungjawab saya juga menjadi semakin besar,” katanya.

    Bagaimanapun, penyanyi yang pernah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV3) musim ketiga itu tidak pernah berasa terbeban dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Malah, Elly menyifatkan tanggungjawab tersebut membuka lebih banyak pintu rezekinya. “Ibu bapa merupakan individu yang perlu berada dalam carta tertinggi kehidupan kita.

    “Apabila kita membahagiakan mereka, insya-Allah rezeki tidak akan putus,” katanya.

    Bercakap mengenai rezeki, jadual kerja Elly selepas sambutan Aidilfitri tahun ini bermula agak awal, iaitu pada Syawal kedua.

    “Saya diundang untuk menyanyi di sebuah majlis makan malam sempena hari raya di Ipoh. Kebetulan, lokasinya tidak jauh dari Tanjung Malim, jadi tidak salah rasanya saya bekerja pada hari raya kedua. Elly akan menyambut syawal di Tanjung Malim, Perak bersama ayah dan puteri tunggalnya, Putri Sara Sefhia.

    “Sebagai seorang anak seni, kita perlulah rasional dengan realiti. Tidak hanya menjaga periuk nasi sendiri, tetapi rasional itu perlu supaya kita sentiasa disenangi oleh orang sekeliling,” katanya positif. Sejak menyertai GV3, saham Elly sebagai penghibur pentas bukan sahaja naik mendadak tetapi tawaran berlakon juga datang tidak putus-putus.

    Terbaharu, pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Gerak Khas itu diberi kepercayaan untuk membintangi sebuah drama untaian berjudul Ghazara yang bakal bersiaran di slot Samarinda di TV3. “Biarpun tawaran berlakon banyak, tetapi saya tidak boleh tamak. Saya hanya ambil apa yang termampu, selebihnya saya terpaksa tolak dengan cara baik,” katanya.

    Menjalani penggambaran sepanjang bulan puasa dan selebihnya selama dua bulan lagi selepas hari raya, Elly tidak pernah lelah dengan kariernya. Bahkan, dia menjadi semakin bersemangat untuk mencari rezeki bagi menyara bapa dan membesarkan puteri tunggal kesayangannya.

    “Keluarga adalah sumber kebahagiaan saya. Apa yang saya lakukan hari ini adalah untuk kesenangan kami bersama,” tutup Elly Mazlein.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Realiti Syawal Elly Mazlein Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top