Bapa kepada wanita yang viral dilaman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, semalam menafikan kejadian tersebut berlaku. Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari,33, berkata kejadian itu adalah tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran.
Semalam, telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp menunjukkan Nurulhuda didakwa membunuh diri di Utradit dengan menembak diri sendiri setelah menembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya.
Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, memandangkan anaknya baru sahaja kehilangan MyKad.


Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media.
Cukup dikesali, berita seumpama ini pantas menjadi viral sehingga menyebabkan banyak pihak terganggu dengan gambar yang telah menjadi viral sebegini. Adalah cukup dikesali kepada mana-mana pihak yang mengedarkan gambar palsu sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma sehingga hari ini.
0 comments:
Post a Comment