My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 21 February 2016

    Hilangnya Pengaruh Muhyiddin Dalam Arus Politik Negara





    Siapa yang tidak mengenali Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau antara individu paling senior yang pernah berhidmat didalam kabinet yang dibentuk oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, 3 April 2009 dahulu. 

    Beliau yang turut dikenali sebagai sahabat rapat Datuk Seri Mohd Najib, semasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ramai yang melihat, inilah regu paling secocok yang aakan memimpin Malaysia menuju negara maju tahun 2020.

    Namun, semua impian berkenaan hancur berkecai sewaktu Tun Dr Mahathir mula-mula bangkit menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib pada tahun 2014. Disaat itu, ramai yang menjangkakan, Tan Sri Muhyiddin akan berusaha untuk mempertahankan ketuanya dari terus diserang.

    Namun, sangkaan berkenaan jauh meleset. Keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dipercayai punca utama kenapa beliau akhirnya akur kepada desakan Tun M yang mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib di jatuhkan walau dengan apa cara sekalipun.

    Daripada bergerak secara sembunyi-sembunyi, sehinggalah beliau akhirnya mengisytiharkan kem mana yang beliau sebelahi sewaktu satu majlis di Janda Baik tahun lalu.

    Setelah bertindak seumpama petualang didalam UMNO, akhirnya, Datuk Seri Mohd Najib mengambil keputusan untuk menyingkirkannya daripada kabinet. Bermula dari situlah, penentangannya semakin nampak dan tanpa segan silu lagi beliau mengisytiharkan perang terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan sekaligus menyingkirkan persahabatan yang terjalin antara mereka sejak hampir 30 tahun lalu.

    Kini, di satu majlis di Port Dickson, beliau seolah-olah menampakkan kekecewaannya terhadap layanan media terhadapnya. Kenapa beliau harus berfikiran sedemikian sedangkan segala punca ini datangnya dari diri beliau sendiri?

    Beliau sendiri memilih untuk menyebelahi Tun M yang bukan siap-siapa lagi didalam kabinet tanpa menghiraukan lagi masa depan politiknya. Jika ketua sendiri pun mahu ditentang, apatah lagi andai sudah memiliki kuasa.

    Dalam hal ini, Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah menghalang mana-mana media untuk memberikan liputan terhadap majlisnya. Ini kerana, Datuk Seri Mohd Najib sentiasa mengamalkan kebebasan media yang teratur dan tiada sebab untuk beliau melarang wartawan dari memberikan liputan terhadap majlis Muhyiddin.

    Kini, sudah sampai masanya, Tan Sri Muhyiddin menilai semula tingkah lakunya terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Menentang sesuatu yang sememangnya diketahui kebenarannya demi mengejar janji pangkat sebagai Perdana Menteri oleh Tun M sehingga tergamak mengenepikan hubungan sahabatnya dengan Datuk Seri Mohd Najib, bukanlah suatu tindakan terpuji dari seorang yang cukup arif dalam selok belok politik tanahair.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hilangnya Pengaruh Muhyiddin Dalam Arus Politik Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top