Kemelut berpanjangan dalaman UMNO sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini nyata telah menyebabkan keadaan dalaman UMNO itu sendiri berpecah belah. Masing-masing mendukung idealogi perjuangan pemimpin yang mereka yakini betul sehingga sanggup melupakan sumpah taat setia kepada Presiden, parti dan perjuangan itu sendiri.
Inilah yang telah melanda UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, orang nombor dua parti, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri seolah-olah bertindak menjadi panglima terhadap kemelut ini disamping bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pula mengetuai serangan demi serangan dalam parti itu sendiri.

Dalam hal Mukhriz pula, samada beliau terikut-ikut dengan perjuangan songsang bapanya atau sememangnya beliau mempunyai idealogi dan motifnya yang tersendiri, Mukhriz jelas mempergunakan jawatannya satu ketika dahulu sebagai Menteri Besar Kedah sebagai modal untuk menentang Perdana Menteri dari dalam.
Di tambah beliau adalah antara Ahli Majlis Tertinggi yang di lantik (bukan terpilih), beliau kononnya mengeluarkan kenyataan, beliau kini lebih bebas bersuara dan menghentam Datuk Seri Mohd Najib dari luar tanpa perlu memikirkan jawatannya selepas ini. Namun melucukan apabila memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa, Mukhriz, sejak dari dalam MT lagi langsung tidak pernah bersuara walau 1 isu pun.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib mudah, beliau sentiasa mahu maju kehadapan dan mengutamakan rakyat berbanding melayan kerenah mereka yang terlalu taksub kepada perjuangan sesat orang yang bukan lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Andai mereka memilih untuk menjadi musuh, maka biarkanlah mereka mendiami rumah musuh. Tidak perlu laghi mengagungkan musuh dalaman sedangkan perjuangan sebenar ada diluar sana.
JSJM
0 comments:
Post a Comment