My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 15 February 2016

    Pemandu Maut, Enam Cedera Bas Sekolah Terbabas


    TAWAU: Seorang pemandu bas sekolah yang diserang sakit jantung, maut selepas bas yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Jawa, di sini pagi Isnin.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pada 6.10 pagi itu, Abdul Rahman Osman, 52, maut di tempat kejadian. Enam penumpang, lima daripadanya pelajar sekolah rendah berumur antara 11 dan 12 tahun serta seorang ibu pelajar, mengalami kecederaan, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

     "Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu menyebabkan bas sekolah berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam parit," kata Fadil. Menurutnya semasa kejadian, bas berkenaan membawa pelajar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa dari Batu 4 di sini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemandu Maut, Enam Cedera Bas Sekolah Terbabas Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top