My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 February 2016

    Misteri Kehilangan Terungkai



    Misteri kehilangan seorang lelaki dilaporkan hilang sejak malam Selasa lalu akhirnya terjawab dengan penemuan satu mayat di tepi Sungai Baram berhampiran sebuah kilang papan di Kuala Baram pagi semalam. 

    Mayat lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai John Mak, 38, dari Taman Tunku di sini telah ditemui pada jam 11.05 pagi oleh orang awam di celah-celah apungan reja kayu di tepi sungai berkenaan.

    Difahamkan, lokasi penemuan mayat terbabit terletak pada jarak 15 km dari tempat dia dipercayai terjun iaitu di kawasan Jambatan Asean di sini. Ketika ditemui, mangsa masih lengkap berpakaian baju-T warna biru dan seluar pendek putih. Berikutan itu, orang awam terbabit segera memaklumkan penemuan mayat tersebut kepada pihak polis.

    Sementara itu, pihak bomba yang turut melakukan gerakan mencari dan menyelamat turut bergegas ke lokasi mayat dijumpai. Sebaik dinaikkan ke darat, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Miri.

    Terdahulu menurut sumber, mangsa dipercayai kurang siuman keluar dari rumahnya di Taman Tunku sekitar jam 9.30 malam Selasa lalu dengan memandu sebuah kereta jenis Proton Wira milik bapanya. Sebelum keluar, mangsa sempat memberitahu bapanya bahawa dia hendak pergi ke Kuala Baram.

    Memandangkan sehingga pagi kelmarin, mangsa masih belum pulang ke rumah, justeru pada jam 6.30 pagi kelmarin, ahli keluarga terus mencari mangsa hingga ke kawasan Kuala Baram. Setiba di kawasan Jambatan Asean, mereka hanya menemui kereta mangsa ditinggalkan di tepi jalan kaki jambatan menuju ke Miri, manakala seliparnya ditemui di tengah-tengah jambatan tersebut.

    Ahli keluarga bimbang akan keselamatan mangsa kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Tanjong Lobang di sini. Difahamkan, ada pihak mendakwa ternampak seseorang terjun dari atas jambatan tersebut awal pagi kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misteri Kehilangan Terungkai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top