Lagak dan gaya Tun M hari ini bukan lagi seperti seorang insan yang lahir penuh visi dalam mahu melihat kejayaan negara di mata dunia. Jika satu ketika dahulu, slogannya taat kepada pemimpin dan visinya mahu melihat negara maju, kini, beliau sendiri mengajak rakyat Malaysia menentang Perdana Menteri dan beliau sendiri dilihat seolah-olah merancang untuk menjatuhkan negara.

k bangkit menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib dari Malaysia.
Menghairankan, bagaimana seorang yang mencipta kejituan rakyat yang hormat kepada pemimpin, hari ini mengajak orang ramai bangkit menentang pentadbiran Perdana Menteri? Atas alasan apa rakyat harus diheret sama dalam kemelut antara mereka berdua?
Tidak ada walau seorangpun rakyat di negara ini mahu melihat negara hancur akibat kerakusan nafsu politik yang menggila. Malah tidak ada seorangpun rakyat di negara ini mahu melihat Malaysia menjadi negara huru hara dan tidak stabil dari segi politik mahupun ekonomi. Justeru, perlawaan Tun M ini benar-benar membingungkan,
Jika mahu mengatakan bahawa Datuk Seri Mohd Najib menyalah gunakan kuasanya untuk meraih kekayaan peribadi, bukan satu agensi sahaja yang terlibat dalam menyiasat Datuk Seri Mohd Najib. Malah sikap pintu terbukanya yang mempelawa sesiapa sahaja untuk menyiasat diri beliau turut mengesahkan beliau bukan seperti apa yang didakwa Tun M dalam banyak medium.
Mungkin Tun M sendiri terlupa, bahawa semasa pentadbirannya dahulu, bukan hanya SPRM (dahulu dikenali sebagai BPR), malah PDRM juga harus ikut apa yang diputuskan oleh beliau. Malah, beliau juga adalah individu yang melobi untuk menurunkan kuasa Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu agar pentadbirannya tidak lagi di persoalkan oleh Istana.

Gerak kerja sebegini sebenarnya sudah dijangka. Beliau tahu, terlalu banyak pihak yang ingin melihat kejatuhan Datuk Seri Mohd Najib. Namun, sampai bila beliau masih mahu menggunakan topeng ahi UMNO beliau untuk menjatuhkan ketua beliau sendiri? Adakah ini selari dengan apa yang beliau tanamkan kepada setiap seorang rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya menghormati seseorang ketua dan taat kepada parti yang dittadbir oleh ketua berkenaan?
0 comments:
Post a Comment