Dalam menempuh kegawatan ekonomi masa kini, lebih ramai yang memilih untuk mengeluh daripada memikirkan alternatif sampingan untuk terus bertahan dalam kelembapan ekonomi global hari ini. Ramai yang menunding kepada kerajaan diatas kelembapan ini walhal ianya turut melanda seluruh dunia, bukan hanya Malaysia semata-mata.
Berapa ramai yang tahu, masih terdapat 10 jenis perniagaan yang "kebal" dari kegawatan dan kelembapan ekonomi sekarang? Berikut di senaraikan 10 jenis perniagaan terbabit.

Tidak kira bagaimana keadaan ekonomi sekalipun, kepentingan
kosmetik untuk para wanita tidak akan berubah. Malah harga barangan kosmetik
tidak akan banyak berubah. Untuk memulakan bisnes kosmetik juga tidak susah,
anda boleh bermula kecil-kecilan dengan menjadi agen jualan.
Kedatangan pengunjung ke pawagam selalunya menigkat ketika
ekonomi gawat. Ini kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk melakukan aktiviti
yang boleh mengurangkan tekanan ketika dilanda masalah. Aktiviti hiburan lain
yang murah juga akan mendapat permintaan tinggi.
Ekonomi gawat bermakna pengguna akan lebih berjimat-cermat.
Disebabkan itu, ramai orang akan cuba mencari nilai penjimatan yang terbaik.
Dari segi makan minum seharian, lebih ramai orang memasak di rumah.

Seperti yang dikatakan di atas, kegawatan ekonomi akan
memaksa penjimatan di kalangan pengguna. Oleh itu, ramai orang akan memilih
untuk membaiki barang yang rosak dari membeli yang baru. Barang perabot, gajet,
kasut dan pakaian adalah antara barang yang perlu dibaiki.
Bagi mereka yang bukan beragama Islam dan gemarkan minuman
beralkohol, kegawatan ekonomi tidak akan menghalang mereka dari berbelanja. Ini
kerana bagi sesetengah orang, beer dan wine merupakan
keperluan dan perlu ada di atas meja semasa makan malam atau ketika
berehat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Samada untuk membeli barang yang lebih murah atau menjual
barangan anda untuk mendapatkan sedikit duit, bisnes barangan terpakai (samada
kedai atau laman web) akan sering dikunjungi ketika ekonomi gawat.
Kegawatan ekonomi akan menyebabkan bisnes-bisnes mencari
jalan untuk mengurangkan kos dari segi gaji perkerja. Kebanyakan bisnes akan
beralih kepada khidmat outsource atau freelancing.
8. Percutian tempatan

Disebabkan kejatuhan mata wang berbanding wang asing ketika
kejatuhan ekonomi, lokasi percutian luar negara akan berganti dengan percutian
dalam negara.
9. Keagamaan
Sesetengah orang akan memilih cara rohani ketika berdepan
dengan kegawatan ekonomi. Jadi jualan buku-buku keagamaan, kitab-kitab, konsert
rohani dan kelas keagamaan akan meningkat.
10. Perubatan dan Kesihatan
Selain dari kosmetik, tidak kira apa pun status ekonomi
sesebuah negara permintaan terhadap barang perubatan dan servis kesihatan akan
terus meningkat. Lebih-lebih di Malaysia di mana penyakit lifestyle seperti
diabetes dan darah tinggi semakin menular di kalangan orang ramai.
Ini adalah 10 perniagaan utama yang tidak diserang secara langsung oleh masalah ekonomi yang melanda dunia hari ini. Jadi tidak perlulah merungut, kerana jika ada usaha, pastinya kita tidak akan terheret sama dalam permasalahan global ini.
0 comments:
Post a Comment