My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 6 September 2016

    Adakah Mahathir Binatang Politik Atau Hamba Politik?



    Sejak Tun Dr Mahathir menyertai politk secara rasminya pada tahun 1946 menerusi UMNO, beliau tidak pernah berhenti dari terus berpolitik walaupun pada asasnya, latar belakang beliau adalah seorang doktor. Bagi beliau, kemahuannya dalam bidak politik mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa menyimpan terus ijazah kedoktoran yang diperolehi dari Singapura.

    Bermula daripada sinilah, beliau membentuk idea politiknya sendiri sehinggakan bukan sekali beliau berperilaku biadab dengan pemimpin. Buktinya, beliau sanggup menyelar Tunku Abdul Rahman semasa kejadian 13 Mei, membuat komplot bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk menjatuhkan Tun Hussien Onn, memecat 3 timbalannya dan terus mengganggu urusan pentadbiran penggantinya.

    Mudah untuk disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh Mahathir sejak dari tahun 1969 sehinggalah 2016, semuanya untuk menarik perhatian orang ramai terutamanya para pentaksubnya supaya usah mudah untuk melupakannya walaupun beliau mendiamkan diri.

    Sejak dahulu lagi, ada sahaja tindakan yang dilakukan olehnya bagi membolehkan rakyat sentiasa ingat kepadanya, walaupun ada ketikanya, tindakan beliau jelas sukar untuk diterima dengan akal yang waras. Terbaru, setelah pelbagai kata nista dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar dan tidak pernah bertemu sejak 18 tahun lalu, semalam, Mahathir kembali menagih sokongan daripada Anwar.

    Kunjungannya ke Mahkamah Tinggi semalam agak mengejutkan ramai pihak sehingga ramai yang menghentam jejak kasih berkenaan. Lebih menarik lagi, salah seorang penyokong tegarnya, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Mahathir sebagai binatang politik (political animal).

    Ini bermakna, Zainuddin menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang berfikiran politik sepanjang masa dan amat sukar dipuaskan nafsu politiknya. Benarkah dakwaan Zainuddin ini? Atau ada lebih baik melabelkan Mahathir sebagai hamba politik seumur hidup?

    Jika binatang politik ini bersamaan dengan pandangan, cara berpolitik dan kepuasan politik yang sukar dipuaskan, hamba politik pula adalah seorang yang sanggup meletakkan maruah dan harga dirinya dalam politik walaupun menyedari umur dan kuasa semakin lama semakin menghakis. Namun demi politik, beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai.

    Ada beza diantara binatang politik dan hamba politik. Jika diambil pandangan Zainuddun, beliau lebih berminat untuk menggunakan istilah binatang politik. Namun jika dinilai dari segi kerenah dan sikap Mahathir hari ini, beliau tidak lebih daripada hamba politik seumur hidup. Tidak mustahil andai satu hari nanti Mahathir menemui ajal ketika berucap akibat desakan nafsu politiknya.

    Sejak dari dahulu, Mahathir memang cukup obses dalam politik. Hari ini, bagi membolehkan anaknya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, beliau sanggup menyembah kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan bagi menerangkan segala kemahuannya. Persoalannya, adakah mereka akan akur kepada pemintaan Mahathir, individu yang telah banyak merosakkan perkembangan pembangkang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adakah Mahathir Binatang Politik Atau Hamba Politik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top