My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 6 September 2016

    Demi Cinta, Patah Kaki Pun Sanggup



    Bagi pasangan bercinta, mereka sudah tidak memperdulikan apa sahaja halangan yang bakal mendatang. Bagi mereka, keasyikan dilamun perasaan cinta cukup sukar untuk mereka tepis malah, jika ada batu yang menghalang laluan mereka sedang dating, pastinya batu itu akan dipersalahkan dengan penuh kata-kata maki hamun, walaupun pasangan mereka yang buta sebenarnya.

    Tidak terkecuali, ada dikalangan pasangan bercinta sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada diantaranya mungkin akan mengakibatkan kecacatan kekal ataupun kematian. Inilah yang berlaku terhadap satu pasangan kekasih yang bolehlah dianggap sebagai pasangan gila yang sanggup sehidup semati.

    Satu rakaman video menunjukkan satu pasangan kekasih sedang melakukan aksi 'wheelie' dimana rakaman itu dipercayai dibuat di China. Dikatakan, pasangan ini dicabar untuk melakukan aksi merbahaya ini sebagai bukti mereka sememangnya pasangan kekasih yang sehati dan sejiwa.

    Dengan hanya menunggang skuter, pasangan ini melakukan aksi stunt ini tanpa memperdulikan nyawa mereka. Menerusi video ini, teman wanitanya dilihat menunggang sambil memperagakan aksi 'wheelie' sambil teman lelakiknya berdiri untuk mengawal kedudukan skuter berkenaan.

    Disebabkan keterujaan wanita berkenaan melakukan aksi ini, mereka akhirnya hilang kawalan sebelum skuter berkenaan dikatakan menghentam sebuah kereta yang diletakkan tidak jauh dari lokasi aksi lagak ngeri mereka.

    Hasilnya, lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan tercampak beberapa meter sebelum didapati tidak sedarkan diri. Teman wanitanya pula dilihat hanya mampu mengerang sambil kaki kirnia terlipat dipercayai patah. Menariknya, disaat menanggung kesakitan, wanita berkenaan dipercayai mengungkapkan, "kami telah berjaya membuktikan cinta kami".

    Namun begitu, tidak dapat dipastikan kondisi teman lelaki wanita berkenaan samada masih bernyawa ataupun tidak kerana aksi yang mereka lakukan bukanlah dilengkapi dengan pakaian yang boleh melindungi mereka andai sesuatu yag buruk berlaku.

    Inilah bukti dimana cinta mampu membutakan hati manusia sehingga ada yang sanggup bertindak bodoh untuk membuktikan cinta mereka. Diharapkan, janganlah ada mana-mana pasangan bercinta di negara ini mencontohi cinta tragik ala-ala Romeo dan Juliet ini. Jika sudah suka, berkahwinlah. Tidak perlu buktikan cinta kalian diatas jalan raya sampai mengakibatkan kaki anda, terlipat atau mungkin terputus!


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Demi Cinta, Patah Kaki Pun Sanggup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top