My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 9 September 2016

    Anwar Harapan Terakhir Mahathir?



    Sejak dari awal pengkhianatan Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan khususnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ramai orang telah dipergunakan oleh Mahathir untuk dijadikan sebagai batu loncatannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sehingga ada diantaranya memilih untuk mengkhianati parti demi perjuangan karut Mahathir.

    Nama-nama seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tan Sri Razaliegh Hamzah, Tan Sri Sanusi Joned, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dipergunakan oleh Mahathir samada untuk dijadikan pakatan atau batu loncatan untuk beliau menggerakkan gerakan menjatuhkan parti. Namun, mereka semua didapati oleh Mahathir gagal untuk bergerak dengan cemerlang seperti yang dimahukan Mahathir.

    Bukan setakat individu sahaja, malah banyak media luar negara juga digunakan oleh Mahathir untuk menjadikan gerakan pengkhianatannya mampu berjaya seperti apa yang beliau lakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebut sahaja, The Wall Street Journal, Sarawak Report, The Guardian, Australia Broad Casting dan banyak lagi, turut sama gagal untuk menggoyahkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Langkah yang dikira memapu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dengan menggunakan Department of Justice United State (DoJ) dengan cuba mengaitkan syarikat perfileman anak tiri Datuk Seri Mohd Najib, Reza Aziz dan Red Granite Pictures juga kini sedang menuju kearah kegagalan walaupun beliau masih cuba mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dengan Malaysia Official 1.

    Setelah semua usaha yang dilakukan olehnya sentiasa gagal, pilihan terakhir yang beliau ada kini adalah dengan menarik sokongan daripada musuh politiknya selama 18 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Usaha ini dilakukan setelah beliau gagal memujuk kepimpinan PKR menerusi Datin Seri Wan Azizah walaupun berjaya mendapat sokongan daripada Datuk Seri Azmin Ali dan barisan kepimpinan DAP dan PAN.

    Seperti sedia maklum, Anwar mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri dimana Anwar masih mampu bertahan dalam politik menerusi serpihan UMNO dengan menubuhkan PKR. Melalui PKR, beliau berjaya mengumpulkan kalangan pengikut tegarnya untuk bergerak melawan kerajaan sejak beberapa penggal pilihan raya yang lepas.

    Melihat kepada kemampuan Anwar untuk menggerakkan pengikutnya, Mahathir tiada pilihan lain selain daripada sujud menyembah kembali Anwar untuk membawa gerakan pengkhianatannya kearas lebih tinggi, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh para pengikut tegarnya selama beberapa tahun kebelakangan ini.

    Tidak dapat dipastikan samada Mahathir ada menawarkan ganjaran kepada Anwar andai berjaya menjatuhkan Najib, namun melihat daripada rekod Anwar sebelum ini, beliau tidak akan mudah bersetuju untuk melakukan sesuatu andai tidak ditawarkan ganjaran yang boleh menguntungkan dirinya, apatah lagi yang datang meminta bantuan adalah musuh ketatnya, Mahathir.

    Jadi tidak hairanlah, andai Anwar dilepaskan kelak, Mahathir dan Anwar akan berkongsi satu pentas yang sama dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan. Usia bukan penghalang buat mereka berdua kerana jika kita melihat daripada komen Tan Sri Zainuddin Maidin, baik Mahathir mahupun Anwar, kedua-dua mereka mempunyai persamaan, iaitu "political animal" atau lebih tepat lagi, hamba politik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anwar Harapan Terakhir Mahathir? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top