My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 9 September 2016

    Mujur Menteri Kewangan Bukan Milik Anwar Ibrahim...




    Apabila menyebut sahaja nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain daripada rentetan kes liwatnya, ingatan kita pasti terimbau semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan satu ketika dahulu. Semasa beliau memegang jawatan inilah, banyak keputusan yang diambil dengan persetujuan Tun Dr Mahathir telah menyebabkan banyak masalah berlaku sehinggalah kepada krisis matawang yang melanda negara pada tahun 1997.

    Siapapun tidak dapat menafikan sepanjang beliau menjawat jawatan ini, sebanyak 14 buah lebuh raya bertol dibina dimana hari ini beliau menempelak kerajaan yang gagal menghapuskan tol-tol di semua lebuh raya yang diluluskan olehnya serta mendapat persetujuan daripada Mahathir selaku mentornya.

    Malah, hubungan baiknya dengan IMF satu ketika dahulu hampir menjebakkan ekonomi negara setara dengan apa yang berlaku di Indonesia. Mujur, beliau dipecat dari jawatannya atas salah laku yang dilakukan sebelum ianya menjadi kenyataan.

    Paling diingati, sehingga beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun atas kes liwat keduanya, beliau sentiasa mendesak kerajaan untuk mencontohi cara pengurusan ekonomi yang diamalkan di Greece dan Venezuela yang dikatakan sentiasa mengutamakan rakyat dari segi subsidi dan meletakkan harga minyak paling murah di dunia.

    Benar, Venezuela mengenakan harga minyak yang paling rendah di dunia dengan alasan negara berkenaan adalah pengeluar minyak terbesar di Rantau Amerika Selatan. Oleh yang demikian, rakyat negara berkenaan layak menerima kos yang murah bagi menunjukkan status negara berkenaan sebagai pengeluar minyak utama dunia, sesuai dengan status negara OPEC mereka.

    Namun hari ini, negara yang sentiasa dipuja di dipuji Anwar terpaksa menanggung inflasi dan defisit yang cukup tinggi akibat perlaksanaan penjualan harga runcit minyak yang teramat murah. Malah, Greece, sebuah negara yang cukup cantik muka buminya, terpaksa melelong deretan pulau-pulau menariknya untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh kerajaan negara berkenaan.

    Venezuela hari ini terpaksa menaikkan kadar runcit minyak mereka kepada 600 peratus untuk menampung segala hutang dan kelembapan ekonomi mereka manakala Greece pula, terpaksa merelakan ekonomi mereka dikawal oleh Kesatuan Eropah terutamanya Bank Dunia dan Jerman bagi mengelakkan negara berkenaan benar-benar muflis.

    Adakah ini negara role model yang di mahukan Anwar? Kedua-dua negara ini sudah membuktikan teori Anwar tentang ekonomi, jauh meleset. Justeru, plan ekonomi yang dirangka oleh kerajaan hari ini, walaupun ada diantaranya tidak popular, namun setidak-tidaknya menyelamatkan negara dari sebarang serangan ekonomi global seperti apa yang berlaku hari ini.

    Tidak banyak negara yang masih berani meletakkan kadar pertumbuhan ekonominya pada kadar 4 hingga 5 peratus setahun walaupun Singapura yang menjadi sebuah negara maju di rantau Asia Tenggara, hanya berani meletakkan pertumbuhan ekonominya pada sekitar 2 hingga 3 peratus.

    Paling utama, setidak-tidaknya Malaysia bernasib baik kerana Anwar dan sekutunya, Mahathir tidak lagi bertanggungjawab menguruskan ekonomi negara dengan mencontohi Greece san Venezuela. Jika tidak, mungkin rakyat negara ini terpaksa ikat perut, kilang ditutup dan ekonomi yang menuju kemusnahan seperti apa yang dialami sekitar tahun 1985 dan 1997.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mujur Menteri Kewangan Bukan Milik Anwar Ibrahim... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top