My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 9 September 2016

    Tolong Telefon Polis, Saya Baru Lepas Rompak Bank Kamu



    Dalam kehidupan suami isteri, pertengkaran kadangkala tidak dapat dielakkan. Bukan mudah untuk menyatukan dua hati dalam membina rumah tangga bahagia. Pastinya pertengkaran tidak dapat dielakkan dan adakalanya berlarutan. Hanya akal yang waras dan pandai mengendalikan kemarahan sahaja mampu mengelakkan seseorang itu terjerumus kedalam amukan marah.

    Lain pula halnya bagi sepasang suami isteri di Kansas City, Amerika Syarikat. Seorang lelaki, Lawrence J. Ripple, 72 tahun, telah dihadapkan kemahkamah atas tuduhan merompak sebuah bank. Dia ditahan selepas berjaya memperolehi USD$3,000 dari seorang juruwang sebuah bank di sini dan ketika disoal siasat, dia memang mahu ditahan polis dan dipenjarakan.

    Ketika ditahan, dia sedang beristirehat di bangku menunggu di dalam bank berkenaan dan ketika disoal dengan lebih lanjut, dia memberitahu, dia telah bergaduh besar dengan isterinya sehingga dia menegaskan bahawa dia lebih rela tinggal di penjara dari terus hidup bersama isterinya. Kejadian berkenaan berlaku pada 2 September yang lepas dirumah mereka.

    Selepas berlaku pergaduhan besar, Ripple kemudiannya menulis satu nota yang memberitahu, dia membawa sepucuk pistl dan mahukan wang sebelum bertindak nekad masuk kesebuah bank dan menyerahkan nota berkenaan kepada juruwang.

    Takut dengan ancaman berkenaan, juruwang berkenaan menyerahkan RM 12,129 kepada lelaki berkenaan. Menariknya, dia tidak melarikan diri seperti kebiasaan, sebaliknya dia hanya duduk dibangku menunggu sambil mengira wang yang berjaya diperolehinya. Sambil itu, dia menyuruh juruwang berkenaan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

    Hasilnya, dia ditangkap di bangku berkenaan tanpa melawan dan kini, dia berhadapan dengan pertuduhan melakukan rompakan dengan niat. Ketika ditanya, apakah dia menyesal dengan apa yang berlaku, Ripple berkata, ini adalah pilihannya dan dia cukup gembiraa kerana tidak lagi tinggal serumah dengan isterinya yang kuat membebel serta pelbagai permintaan pelik daripada isterinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tolong Telefon Polis, Saya Baru Lepas Rompak Bank Kamu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top