Pada hari ini, kira-kira 9.15 pagi, dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa yang turut menjejaskan sistem pengudaraan tren.
Demi keselamatan para penumpang, pengurusan Operasi Laluan Kelana Jaya telah mengambil keputusan untuk mengungsi kesemua penumpang dari tren tersebut ke stesen terdekat iaitu Stesen Sri Rampai (kira-kira 10m dari tren pertama) dan Stesen Damai (kira-kira 80m dari tren kedua).
Pengungsian berkumpulan hanya dijalankan selepas pasukan operasi memastikan keselamatan para penumpang terjamin. Kaedah pengungsian ini adalah amalan standard jika berlaku ganguan kepada sistem tren pada jangkamasa yang agak lama. Kesemua penumpang dari kedua-dua tren selamat tiba di Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan atau menunggu tren susulan.
Berikutan gangguan terhadap tren tersebut, operasi LRT Laluan Kelana Jaya turut terjejas menyebabkan masa menunggu yang leb
ih lama kepada para penumpang. Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.
Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang berikutan kejadian tersebut. Berikutan kejadian tersebut, Rapid Rail akan memberi perkhidmatan percuma kepada semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya pada 13, 14, dan 15 September 2016.
Dalam perkembangan yang sama, pihak SPAD mahu pihak penyedia perkhidmatan LRT, Rapid Rail memasukkan sekali insiden yang berlaku pada hari ini kedalam laporan yang dituntut oleh pihak SPAD kelmarin.
Menurut sumber, pihak SPAD memandang serius kejadian kedua ini dan meminta pihak Rapid Rail menyedeiakan plan kontengensi andai perkara yang sama berulang. Menurut sumber ini lagi, pihak SPAD akan mengadakan sidang media bagi mengulas tentang perkara ini dan orang ramai diminta usah membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.
0 comments:
Post a Comment