My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 September 2016

    Bagaimana Mahathir Memerangkap Musuh Politiknya



    Pasti menjadi satu kegemparan apabila melihat Tun Dr Mahathir akhirnya kembali semula bertemu dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah 18 tahun 3 hari tidak pernah bertentang mata. Perkembangan ini mengakibatkan ramai penyokong Anwar melahirkan perasaan kecewa mereka dengan sikap Anwar yang secara terbuka menerima kunjungan Mahathir.

    Nyata ia bukan satu perkara yang begitu mengejutkan bagi pemerhati politik. Sejak dahulu lagi, Mahathir sentiasa berpegang kepada istilah apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Hari ini kita boleh menikam kawan, namun esok lusa kita boleh berpeluk semula dengan lawan. Jadi tidak hairanlah pertemuannya dengan Anwar sememangnya sudah boleh dijangka akan berlaku.

    Tambahan pula, sejak Mahathir lebih memihak kepada pembangkang, beliau telah mengadakan pertemuan dan persefahaman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mat Sabu. Hanya Anwar sahaja yang masih belum beliau jumpa untuk melengkapkan persefahaman dan persetujuan antara Mahathir dan Pakatan Harapan.

    Sebenarnya, sejak Mahathir masih berkuasa dahulu, beliau sememangnya seorang yng cukup gemar mengetahui setiap kesalahan orang yang berada dibawahnya. Namun begitu, Mahathir tidak akan menyerang seseorang itu secara terus. Sebaliknya, beliau akan menyimpan semua salah laku orang bawahannya sehinggalah satu masa yang beliau fikir perlu, barulah segala kesalahan berkenaan dibongkarkan.

    Sebagai contoh, beliau sememangnya sudah diberitahu oleh penasihatnya bahawa Anwar mempunyai "selera" yang luar biasa. Kesalahan seksual seperti liwat ini sudah sampai kepengetahuan Mahathir sejak dari tahun 1992 lagi. Namun beliau hanya menyimpannya sahaja sehingga beliau memperjudikan nasib negara dengan melantik Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

    Pada tahun 1997, beliau berasakan pengaruh Anwar semakin besar di dalam UMNO sehingga beliau sendiri berasa terancam dengan pengaruh yang dibawa Anwar. Justeru, pada tahun 1998, beliau mula menyerahkan fail laporan masalah prilaku Anwar ini kepada pihak berkuasa untuk dibongkarkan. Hasilnya, pada tahun yang sama Anwar dipecat daripada UMNO dan kabinet atas tuduhan meliwat.

    Menariknya, beliau melakonkan satu babak dimana beliau kononnya baru sahaja mengetahui masalah kecenderungan Anwar ini dan bertitik tolak dari situlah beliau bertindak memecat Anwar. Hal ini sebenarnya telah dibongkarkan oleh seorang lagi Timbalan beliau, Tun Musa Hitam dimana beliau sendiri turut menerima nasib yang sama akibat insiden tragedi Memali.

    Oleh sebab itulah, hari ini, ramai pemimpin vateran UMNO kini lebih menyokong perjuangan songsang Mahathir. Mereka bimbang, segala silap salah mereka dahulu dibongkarkan oleh Mahathir dan oleh kerana itu, mereka menyatakan kesetiaan mereka kepada Mahathir walaupun menyedari, perjuangan Mahathir jelas salah dari segi hukum dan norma kemanusiaan normal.

    Bukan hanya rahsia Anwar sahaja yang dipegang oleh Mahathir. Ramai lagi pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin sendiri terpaksa dicucuk hidung untuk memastikan salah laku mereka sentiasa dilindungi. Inilah strategi Mahathir sejak dari awal pentadbirannya. Tidak hairanlah apabila melihat jumlah mereka yang pernah dipecat dan bersatu semula dengan Mahathir mencecah angka 100 orang.

    Paling utama, tidak hairanlah apabila melihat beliau mampu untuk berkuasa sehingga 22 tahun dan gerakannya kini mempunyai pengikutnya sendiri walaupun acapkali Mahathir telah melanggar banyak pendiriannya sewaktu masih bersama UMNO seperti duduk semeja dan semajlis dengan Lim Kit Siang dan berkempen untuk Mat Sabu. Setakat bersalaman dengan Anwar itu hanyalah salah satu daripada helah lama Mahathir.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bagaimana Mahathir Memerangkap Musuh Politiknya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top