My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 September 2016

    Muhyiddin Perlu Berhenti Berhalusinasi - MCA



    Pada ketika semua parti komponen BN sedang memulak persiapan untuk memperkasakan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, Tan Sri Muhyiddin Yasin terus mengeluarkan andaian yang tidak masuk akal.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin, beliau mendakwa Barisan Nasional akan kehilangan 45 buah kerusi pada PRU ke 14 yang akan datang. Dakwanya lagi, MCA akan mendapat keputusan yang lebih buruk pada PRU ke 14 dimana beberapa parti komponen yang lain akan turut mengalami nasib yang sama seperti MCA.

    Ketika mengulas tentang perkara ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata BN tidak perlu memikirkan andaian itu, sebaliknya terus memperkukuhkan semangat dan kerjasama parti komponen. Beliau berkata, perkara itu hanya mahu mengganggu tumpuan kerajaan BN untuk mendapatkan keputusan terbaik pada PRU akan datang.

    Ujar beliau, BN tidak akan diselewengkan dengan andaian dan kata-kata yang mengurangkan keberkesanan dalam pentadbiran kita, tambahan pula saya yakin komitmen parti komponen BN sekarang ini dapat memberi tumpuan yang terbaik.

    Beliau seterusnya menzahirkan keyakinan bahawa, komitmen kerajaan melalui transformasi yang dilakukan dalam menyediakan platfom ekonomi yang lebih baik selain memastikan pembangunan berterusan demi kehidupan rakyat yang selesa akan sentiasa diberi keutamaan dan ianya pasti akan diberi perhatian oleh rakyat pada PRU yang akan datang.

    Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa, Muhyiddin sepatutnya menumpukan terlebih dahulu urusan pendaftaran parti baharunya sebelum mahu bercerita tentang untung nasib parti lain. Katanya, Muhyiddin wajar berhenti berhalusinasi sehingga mengelirukan dirinya sendiri. BN tidak memerlukan orang luar untuk membuat andaian terhadap masa depan gagasan gabungan 14 buah parti ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muhyiddin Perlu Berhenti Berhalusinasi - MCA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top