Setiap kali manusia ingin membukan sebuah perkampungan baru, antara faktor yang dipilih adalah lokasi berkenaan tidak merbahaya, mudah dihubungi serta agak berdekatan dengan sumber air ataupun sungai. Sudah lumrah manusia untuk memilih lokasi-lokasi ini untuk membuka perkampungan.

Semuanya bermula apabila sekumpulan manusia berhijrah ke kawasan ini dengan tidak sengaja. Pada ketika mereka sedang menuju ke satu lokasi yang lain iaitu di sekitar lembah pergunungan berkenaan, mereka terperangkap dengan cenuram ini. Memikirkan mereka enggan lagi berpatah balik, kumpulan ini akhirnya membentuk perkampungan di kawasan ini.
Jika dahulu, penduduk perkampungan ini langsung tidak dapat berhubung dengan dunia luar, namun atas inisiatif nekad beberapa orang penduduk kampung ini, mereka nekad menebuk lubang di cenuram ini bagi memudahkan mereka berhubung dengan dunia luar. Dengan hanya menggunakan pahat dan penukul, 13 orang lelaki memahat lubang ini dan membentuk laluan khas.

Dengan komitmen berterusan 13 orang penduduk kampung yang diketuai oleh Shen Mingxin, usaha mereka akhirnya dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 5 tahun dimana menerusi usaha mereka telah membentuk 1,250 meter terowong yang diberinama Koridor Tebing dan ianya dibuka kepada laluan orang ramai pada tahun 1972.
Sebelum ini, perkampungan ngeri ini tidak diketahui oleh orang ramai sehinggalah sekumpulan pelancong mula menjejaki perkampungan berkenaan. Dalam satu laporan, dari Mei 2015 sehingga Mei 2016, beratus-ratus orang dilihat memandu di laluan itu untuk melihat Guoliang. Disebabkan kunjungan luaar biasa ini, adakalanya, laluan yang dibentuk13 orang ini mengalami kesesakan teruk.

Dengan didiami oleh 83 keluarga dengan jumlah kepadatan penduduk seramai 329 orang, Kampung Guoliang akan dikenang sebagai perkampungan yang paling merbahaya di dunia dengan dibina pada satu ketinggian yang tidak ada sesiapa yang mampu melakukanya.
0 comments:
Post a Comment