My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 September 2016

    Masyarakat Dusun Ranau Hidup Harmoni Walaupun Berbeza Agama

    RASMI: Masidi menandatangani plak sebagai tanda rasminya pelancaran buku.

    Perbezaan agama dalam kalangan masyarakat Dusun di Ranau bukan penghalang untuk mencapai keharmonian di daerah itu.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata individu yang bertanggungjawab dalam usaha menyebarkan agama Islam di Ranau adalah Mandur Syarif, yang mana satu ketika dahulu penyebaran agama itu mula berkembang di sebelah Barat Ranau.

    “Sejarah penyebaran agama Islam di Ranau adalah berbeza sekali dengan cara penyebaran agama itu di kawasan lain. Walaupun ratio agama di Ranau dalam kalangan Dusun adalah 50-50 tetapi perkara yang mendekatkan masyarakat itu di sana mengamalkan budaya yang sama serta bersaudara,” katanya ketika merasmikan pelancaran buku ‘Pengislaman Dalam Kalangan Dusun Ranau (1940-1976)’, di sini, kelmarin.

    Katanya, cara penyebaran Islam di Ranau dahulu berbeza daripada sekarang yang mana menggunakan cara yang lemah lembut dan daripada itu ia terus kekal ke hari ini. Masidi berkata, paderi yang datang ke Ranau khususnya di Bundu Tuhan turut menyebarkan agama Kristian dengan cara mendidik penduduk untuk bertani dan menternak haiwan.

    “Oleh itu, kedua-dua agama itu berkembang secara selari dan membentuk masyarakat kaum Dusun di Ranau. Sehingga hari ini, kita boleh nampak bahawa perpaduan dan keharmonian kaum Dusun di Ranau sangat kukuh dan berada dalam keadaan baik,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masyarakat Dusun Ranau Hidup Harmoni Walaupun Berbeza Agama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top