Hangat diperkatakan semalam tentang gangguan yang dialami oleh perkhidmatan LRT sepanjang laluan Kelana Jaya yang menyebabkan beratus-ratus orang pengguna terkandas, awal pagi semalam. Ramai yang merungut mengatakan, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana perkhidmatan ini sememangnya sudah menjadi pilihan mereka sejak sekian lama.

Mengambil kira hal ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah mengarahkan Rapid Rail untuk menyerahkan laporan penambahbaikan perkhidmatan LRT. Menurut kenyataan SPAD lagi, mereka perlu untuk menjalankan audit dan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden yang berlaku semalam.

Pihak SPAD juga berharap, di dalam laporan berkenaan, pihak pengendali perkhidmatan LRT ini memasukkan sekali cadangan untuk langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk bertindak balas.
Orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai insiden ini boleh mengirimkan email mereka kepada aduan@spad.gov.my dan semua aduan ini akan diambil kira dalam menambahbaik mutu perkhidmatan LRT di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment