My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 September 2016

    Sejarah Parti Serpihan, Semuanya Daripada UMNO



    United Malay National Organisation (UMNO) di lahirkan di Istana Besar Johor Bahru, Johor pada 11 Mei 1946. Kelahiran UMNO ini adalah atas semangat kesedaran umat Melayu untuk menentang Penjajahan British yang berhasrat menubuhkan Malayan Union dengan meletakkan umat Melayu dibawah tapak kaki penjajah.

    Dengan pembentukan UMNO inilah seluruh bangsa Melayu bersatupadu menentang penjajah dimana akhirnya UMNO mampu menggagalkan hasrat penjajah melalui Malayan Union. UMNO yang di asaskan oleh Dato' Onn Jaafar ini bukan sahaja wujud dengan semangat kebangkitannya, tetapi ia juga atas pengorbanan orang Melayu bersama keringat, titisan air mata & wang ringgit.

    Maka atas dua elemen ini UMNO di anggap Keramat dan Berdaulat. Hari ini, setelah pelbagai cabaran ditempuhi, usia UMNO kini telah pun menjangkau 70 tahun dan UMNO tetap utuh dan gagah. Sepanjang penubuhannya, UMNO juga turut menanggung beban yang tidak dijangka apabila wujud parti-parti serpihan untuk menyaingi UMNO, namun, UMNO tidak pernah goyah walau seinci dari tapak strukturnya.

    Umno mula berhadapan dengan serpihan hasil daripada orang kecewa sebermula tahun 1949. Pada tahun berkenaan, Dato' Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO di buka kepada bukan melayu atas tujuan memudahkan British memberi kemerdekaan kepada Malaya. Namun cadangan Dato' Onn Jaafar ini telah di tolak oleh ahli-ahli UMNO yang bersidang ketika itu.

    Kerana kecewa dengan keengganan ahli UMNO menerima cadangannya, Dato' Onn akhirnya meletakkan jawatan selaku Presiden UMNO pertama dan bertindak keluar dari UMNO. Menariknya, pada tahun yang sama Dato' Onn Jaafar menubuhkan parti IMP (Parti Malaya Merdeka) dimana keahliannya dibuka untuk semua bangsa.

    Nyata sekali, bayangan UMNO menghantui penubuhan parti IMP ini. IPM gagal untuk mendapat sokongan dimana akhirnya parti ini dibubarkan. Pada tahun 1953 Dato' Onn Jaafar sekali lagi menubuhkan parti baru bernama Parti Negara yang menyasarkan keahliannya di kalangan orang Melayu.

    Seperti IMP, Parti Negara juga gagal meraih sokongan orang Melayu dan akhirnya Parti Negara di bubarkan pada tahun 1954.

    Satu lagi parti serpihan UMNO adalah PAS di mana ianya dimulakan pada tahun 1951. PAS di tubuhkan oleh beberapa orang ulama yang ketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan pada ketika itu, PAS diletakkan dibawah biro agama UMNO.

    Semuanya bermula apabila Haji Ahmad Fuad Hassan di kalahkan oleh Tengku Abdul Rahman merebut jawatan Presiden UMNO dan ini menyebabkan PAS menuduh UMNO tidak menjalankan hukum Islam dan membenarkan Loteri Kebajikan Masyarakat & Fun Fair sebagai dana. Sebagai rekasi balas, bersama Dr Burhanuddin, beliau membawa keluar PAS daripada gabungan UMNO.

    Menariknya, semasa PAS hendak didaftarkan, tidak terdapat walau sebaris ayatpun yang mengatakan PAS adalah sebuah parti yang menjaga kebajikan Islam. Sebaliknya, menerusi piagam asal PAS, mereka menyebut, PAS akan bertindak sebagai sebuah parti yang akan menjaga kebajikan kaum Melayu di Malaya, istilah yang sama seperti mana piagam penubuhan UMNO dahulu.

    Serpihan seterusnya daripada UMNO berlaku pada tahun 1988 dimana kekecewaan Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah yang tewas ditangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kerusi Presiden UMNO, wujudnya Parti Semangat 46. Di terajui oleh Tengku Razaleigh
    Hamzah, tertubuhnya Semangat 46 diharap dapat mengantikan wadah perjuangan UMNO.

    Setelah mengharungi hanya sekali Pilihan Raya Umum, akhirnya Parti Semangat 46 ini terkubur pada tahun 1996 dan pada tahun yang sama, Tengku Razaleigh bersama rakan-rakannya menemui Mahathir di Kota Bharu Kelantan menyerahkan borang keahlian UMNO.

    Kira-kira 11 tahun kemudian, iaitu tahun 1999, tertubuhnya sebuah parti baru hasil daripada pemecatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seperti PAS dan Semangat 46, penubuhannya juga hasil dari gelombang Refomasi yang di taja sendiri oleh Anwar.

    Terdapat dalam kalangan penganalisis politik menyifatkan, kelahiran PKR adalah merupakan perjuangan politik seorang individu untuk meraih kedudukan tertinggi negara. Menerusi PKR, mereka membuka keahlian parti ini kepada semua golongan kaum dan bangsa. Inilah satu-satunya parti serpihan UMNO yang masih kekal bertahan sehingga hari ini.

    Terbaru, hari ini telah wujud satu lagi parti Melayu yang secara sahnya diberinama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang taja secara bersama oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Parti ini lahir hasil daripada ketidak sehaluan beberapa orang bekas pemimpin UMNO dengan Presiden UMNO hari ini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Kesimpulannya, kelahiran IMP, Parti Negara, PAS, Semangat 46 dan PKR adalah hasil daripada parti serpihan yang lahir dari perut UMNO sebagai ibu kandung (parti induk). UMNO tidak pernah kecewa dengan tindakan anak-anak yang di lahirkan olehnya, namun anak-anak perlu bermuhasabah diri dan jangan menjadi penderhaka kepada ibu.

    UMNO masih kekal berdiri walaupun sudah berinjak usia 70 tahun. Hari ini, hanya tinggal PAS dan PKR sahaja yang masih bernyawa dan UMNO selaku ibu kandung kepada semua parti serpihan ini senantiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan anak-anaknya. Namun, setelah acapkali ditolak, UMNO bersedia untuk terus berdiri dan mempertahankan haknya di bumi bertuah ini.

    Datanglah apa jua halangan, wujudlah seberapa banyak parti serpihan, umpat dan fitnahlah pemimpin-pemimpin UMNO, namun UMNO kekal bertahan dan kekal menerajui negara bersama-sama rakan dalam Barisan Nasional untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sejarah Parti Serpihan, Semuanya Daripada UMNO Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top