Setelah secara terbuka mendakwa, DAP menerusi Penasihat Agungnya, Lim Kit Siang ada membuat tuntutan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berkuasa kelak, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat pusingan "U" apabila mendakwa MCA pula ada membuat tuntutan berkenaan.
Tanpa mengemukakan sebarang bukti, Mahathir hanya menzahirkan dakwaannya dan ianya telah mendapat reaksi keras dari MCA. Menerusi satu kenyataan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menempelak Mahathir yang didakwanya mengeluarkan tuduhan yan tidak berasas.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mahathir yang kononnya parti itu pernah menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2009. Beliau berkata perbincangan bagi menentukan wakil parti untuk menduduki jawatan dalam Kabinet diputuskan dalam Majlis Presiden Barisan Nasional (BN).
Beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda MCA, berkata pada tahun itu juga prestasi MCA tidak baik dalam pentas politik negara. Ujarnya, MCA sedar realiti politik negara antara tahun 2008 hingga 2011 di mana kerusi MCA berkurangan, kerana tsunami pengundi Cina yang beralih kepada pembangkang. Pada masa itu juga adalah masa yang 'tidak baik' buat MCA.
Justeru itu, katanya, adalah satu perkara yang cukup mengjengkelkan buat MCA apabila Mahathir secara tiba-tiba mengaitkan MCA dengan hal ini sedangkan sebelum ini beliau secara terbuka mendakwa, DAP menerusi Lim Kit Siang menunut jawatan itu andai Pakatan Harapan berkuasa kelak.
Beliau juga secara terbuka meminta Mahathir berhenti dari terus menipu akan sesuatu perkara yang beliau sendiri tidak tahu dan pasti. MCA kekal komited dengan kerajaan hari ini dan MCA juga sedar, keadaan partinya sekarang tidak memungkinkan parti itu meminta sesuatu yang "luar biasa" kepada kerajaan dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
0 comments:
Post a Comment