My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 January 2017

    PRU 14 Medan Pertembungan Idealogi Antara Melayu




    Mungkin pada tahun ini atau mungkin pada tahun hadapan, Pilihan Raya Umum ke 14 bakal diadakan memandangkan penggal pentadbiran kerajaan hari ini sudah semakin ke penghujung. Apa yang disaksikan sepanjang penggal ini nyata cukup berwarna warni dan meriah dengan serangan demi serangan yang dilancarkan samada dipihak kerajaan mahupun pembangkang.

    Boleh dikatakan, hampir setiap bulan, ada sahaja isu yang dibangkitkan pembangkang hanya semata-mata mahu melemahkan kerajaan. Tanpa jemu, mereka cuba memainkan semula pelbagai isu lapuk dan tidak ketinggalan juga, siri pengkhianatan yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

    Menyoroti apa yang berlaku sepanjang penggal ini, mudah untuk membuat kesimpulan bahawa, Pilihan Raya Umum ke 14 ini bakal menyaksikan pertembungan idealogi dan kemaruk kuasa kaum Melayu yang dilihat sudah teruk berpecah. Jika Pilihan Raya Umum ke 13 menyaksikan tsunami kaum Cina, PRU 14 pula boleh dianggap sebagai pertarungan kaum Melayu itu sendiri.

    Hari ini, menerusi siri pengkhianatan, penghasutan dan perbezaan idealogi telah menyaksikan, kaum Melayu hari ini sudah terpecah kepada 7 kumpulan utama. Kumpulan berkenaan adalah kumpulan pro UMNO dan Barisan Nasional, kumpulan Pro PAS, kumpulan Pro PKR, kumpulan pro PAN, kumpulan pro DAP, kumpulan pro Mahathir dan kumpulan atas pagar.

    Mengikut perangkaan, jumlah pengundi kaum Melayu pada PRU 14 nanti dianggarkan mencecah 6 juta orang. Jika dilihat kepada perpecahan yang berjaya diwujudkan oleh mereka yang mahu melihat Melayu berpecah, tidak sampai 1 juta orang orang Melayu yang benar-benar solid menyokong sesebuah parti.

    Mari kita saksikan bagaimana kukuhnya kaum lain terhadap parti yang mewakili mereka. Dianggarkan, jumlah pengundi kaum Cina adalah dalam lingkungan 4 juta orang pengundi dimana mereka hanya terpecah kepada 3 iaitu DAP, MCA dan Gerakan. Mengikut trend semasa, kebanyakan kaum Cina hari ini lebih cenderung kepada DAP yang dilihat cukup dominan hari ini.

    Bagi kaum India pula, dianggarkan 2.8 hingga 3 juta layak mengundi pada PRU ke 14 nanti. Mereka hanya dipecahkan pada 2 kumpulan iaitu MIC dan parti-parti kecil yang mewakili kaum India.

    Diantara ketiga-tiga kaum utama di Malaysia ini, kaum Melayu dilihat berhadapan dengan perpecahan yang cukup membimbangkan. Amat menyedihkan apabila Malaysia ini dikenali sebagai Tanah Melayu satu ketika dahulu bakal mengalami transformasinya sendiri akibat kemaruk kuasa, perpecahan dan pengkhianatan dari kaum Melayu itu sendiri.

    Ketika kaum Cina kini disifatkan solid menyokong DAP dan kaum India lebih cenderung untuk lari dari kebiasaan mereka menyokong MIC, nasib kaum Melayu benar-benar dihujung tanduk. Jadi adalah amat tepat untuk menyatakan kaum Melayu bakal bertempur sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

    Pastinya dengan deretan nama ketua-ketua parti seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir, Datin Seri Wan Azizah, Mohamad Sabu, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kaum Melayu benar-benar terancam dan jika tiada kesedaran untuk menyatukan semula kaum Melayu, bukan satu perkara mustahil kuasa yang sememangnya menjadi hak kaum Melayu, bakal beralih tangan kepada kaum lain.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRU 14 Medan Pertembungan Idealogi Antara Melayu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top