My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 January 2017

    Penangan Si Juara Antara Juara



    Salma A Asis muncul juara Pentas Epik 3 Juara yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi. Dengan kemenangan itu, Salma yang mewakili kategori Balada membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 sekali gus menyandang gelaran Juara Antara Juara.

    Pentas Epik 3 Juara menyaksikan pertembungan juara bagi tiga kategori yang diwakili Salma (Balada), Azizul (Irama Malaysia) dan Kudien (Rock).

    Minggu lepas, Salma, Kudien dan Azizul diumumkan juara kategori masing-masing pada Konsert Akhir 3 Juara yang berlangsung di lokasi sama serta berjaya meraih wang kemenangan RM50,000. Semua juara bagi tiga kategori ini membuat persembahan solo, duet bersama penyanyi popular dan Trio malam tadi.

    Setiap kategori diwakili penerbit muzik ternama Malaysia iaitu Ajai untuk Balada, Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia).

    Program ini turut diserikan dengan kehadiran tiga ikon berpengalaman dalam genre yang dipertandingkan iaitu Datuk Rossa, Datuk Awie dan Noraniza Idris selaku juri. Program berkenaan diacarakan pelakon popular, Mira Filzah bersama anggota kumpulan Titan, Ammar dan Issey.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penangan Si Juara Antara Juara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top