My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 14 January 2017

    Tak Cukup Tanah Nak Lari!


    Lima wanita asing yang mengemis di bandar ini nekad terjun ke dalam laut sebelum berenang untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa di Jalan Persisiran Pantai berdekatan Bulatan Masjid, di sini, kelmarin. 

    Pada kejadian jam 10 pagi, wanita berusia 25 hingga 35 tahun itu bertindak demikian selepas menyedari kehadiran anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menjalankan Op Ikrar di kawasan berkenaan.

    Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kelima-lima wanita itu adalah kumpulan pengemis jalanan yang aktif meminta sedekah daripada pengguna jalan raya di Bulatan Masjid, di sini. “Apabila terlihat anggota penguat kuasa Imigresen Malaysia, mereka terus lari ke pesisir laut. Mereka nekad terjun dan berenang ke tengah laut semata-mata mengelak pemeriksaan penguat kuasa Imigresen.

    “Kumpulan wanita berkenaan kemudian naik ke daratan semula melalui Kampung Icebox, di sini, sebelum ditahan anggota penguat kuasa,” katanya, semalam.

    Katanya, tindakan berani mati lima wanita itu sangat berisiko dan membahayakan nyawa mereka sendiri semata-mata enggan diperiksa dokumen. Sementara itu, Ketua Pejabat JIM Tawau, Noraini Rasi berkata, dalam Op Ikrar berkenaan, pihaknya berjaya menahan 15 individu disyaki PATI. 

    “Semuanya adalah warga Filipina terdiri daripada tiga wanita, lapan kanak-kanak perempuan dan empat kanak-kanak lelaki. Mereka berusia lima hingga 37 tahun. “Sepanjang operasi, pihak kami memeriksa 43 individu di sekitar kawasan Batu 2 dan Batu 4, Jalan Apas serta simpang Bulatan Masjid di Jalan Persisiran Pantai.

    “PATI yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tak Cukup Tanah Nak Lari! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top