My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 January 2017

    Obama Sempat Salur Dana RM978 Juta Kepada Palestin Sebelum Serah Kuasa




    Sumber dalaman mendakwa pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika jam terakhirnya di White House telah mengeluarkan dana secara se­nyap sebanyak AS$221 juta (RM978 juta) kepada ­Palestin. 

    Sumber pegawai Jabatan Negara dan pembantu memberitahu, pentadbiran Obama secara rasmi memaklumkan kepada Kongres akan mengeluarkan dana pada pagi Jumaat lalu. Ahli Kongres Kebangsaan Parti Republikan (GOP) bagaimanapun dikatakan menahan dana tersebut.

    Mereka menyatakan bahawa bekas Setiausaha Negara, John Kerry telah memaklumkan kepada­ beberapa ahli Kongres untuk mengeluarkan serta-merta dana tersebut sebelum beliau me­ninggalkan pejabat Jabatan Negara pada Khamis lepas.

    Pembantunya memberitahu, notis bertulis bertarikh 20 Januari telah dihantar kepada Kongres beberapa jam sebelum Donald Trump mengangkat sumpah.

    Lebih AS$227 juta (RM1 bilion) dalam dana hal ehwal negara telah dikeluarkan pada masa tersebut, termasuk AS$4 juta (RM17.17 juta) bagi program perubahan iklim dan AS$1.25 juta (RM5.54 juta) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Ahli Kongres sebelum ini meluluskan dana kepada Palestin dalam bajet tahun 2015 dan 2016 tetapi dua ahli GOP iaitu Ed Royce dan Kay Granger telah menyekat tindakan itu dengan alasan Palestin cuba mendapatkan keahlian dalam PBB.

    Sumber daripada pegawai dan pembantu tersebut tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan secara umum dan mereka meminta supaya nama tidak didedahkan. Dana kepada Palestin sentiasa mencetuskan kemarahan kepada beberapa ahli Kongres termasuk pentadbiran Trump di White House.

    Beliau sebelum ini berjanji akan menjadi penyokong kuat kepada Israel dan telah menjemput Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk mengunjungi Washington bulan depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Obama Sempat Salur Dana RM978 Juta Kepada Palestin Sebelum Serah Kuasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top