Sebelum ini, ramai penyokong pembangkang menganggap perkara ini hanyalah mainan politik dan dakyah kosong. Namun, baru -baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir tanpa sengaja telah mendedahkan bahawa DAP pernah meminta untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan mendapat berkuasa.
Persoalannya, adakah benar DAP hanya meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata? Jika diselusuri sejarah penglibatan DAP dalam arus politik negara, hasrat DAP sebenarnya jauh lebih besar dari apa yang diungkapkan oleh Mahathir.
Siapa dapat lupakan slogan utama DAP yang mahu mewujudkan Malaysia Malaysian yang berteraskan kesaksamaan kaum. Tiada lagi istilah bumiputera, kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Semuanya pada mata DAP adalah sama dan tidak perlu istilah Ketuanan Melayu seperti yang diperjuangkan oleh UMNO selaku parti yang berteraskan kaum Melayu.
Bukan keterlaluan untuk menyatakan bahawa hasrat utama DAP adalah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara Republik, sama dengan Singapura selaku negara impian mereka. Perkara ini bukan mustahil kerana andai mereka memiliki kuasa mutlak, segala perlembagaan negara boleh dirombak sesuka hati kerana mereka telah menguasai Parlimen.
Selama beberapa dekad, usaha DAP secara sendirian kerap kali menemui kegagalan. Oleh yang demikian, DAP cuba mewujudkan blok pembangkang bersama-sama parti-parti pembangkang yang lain. Strategi mereka mudah, menyerahkan bulat-bulat segala perancangan untuk menghasut kaum Melayu menyebelahi mereka kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan maruah mereka hanya sebab politik.
Kini, usaha yang digerakkan DAP di sebalik tabir kini sedikit demi sedikit sudah menampakkan hasilnya.Jika dahulu, DAP tidak menerima keahlian dari kaum Melayu, kini, pintu parti berkenaan sudah sedikit terbuka untuk menerima kaum Melayu menyertai mereka.
Malah, ikon-ikon penipu dan penghasut seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga dilihat kerap kali cuba merosakkan sebarang agensi berteraskan kerajaan yang memperjuangkan kaum Melayu bagi memenuhi keinginan DAP memecah belahkan kaum Melayu.
Cukup licik sebenarnya gerakan DAP ini dan adalah amat malang, ada di kalangan kaum Melayu mudah termakan dengan hasutan-hasutan seperti ini. Kedudukan kuasa Melayu sebenarnya sudah benar-benar diancam oleh DAP dengan bantuan PKR, PAN dan PPBM. Tidak diketahui samada mereka sedar atau tidak namun inilah yang sedang berlaku dalam senario politik negara hari ini.
0 comments:
Post a Comment