My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 January 2017

    Banjir: Beberapa sekolah terus terjejas

    PARAS BAHAYA: Keadaan banjir di SK Nanga Penyarai Tatau.

    Enam sekolah rendah di bahagian ini masih ditutup ekoran banjir yang melanda sejak dua hari lalu, kata jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sebauh semalam. Katanya, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai, SK Kuala Sigu, SK Sungai Genaan, SK Bukit Mawang dan SK Kuala Binyo dan SK Nanga Penyarai Tatau.

    “Semua murid sekolah terbabit masing-masing lima di daerah Sebauh dan sebuah di Tatau diarahkan pulang ke rumah kerana bimbang dengan keselamatan mereka akibat paras air sungai semakin tinggi melimpah ke kawasan sekolah,” katanya.

    Setakat ini, hanya banjir di SK Bukit Balai sahaja sudah mulai surut, namun sekolah terbabit masih ditutup sementara menunggu air surut sepenuhnya. Dalam pada itu, pengurusan sekolah sentiasa peka dengan keadaan pasang surut air di kawasan sekolah masing-masing.

    Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengumuman pada satu tarikh ditetapkan kepada ibu bapa dan murid sekiranya air surut dan membolehkan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa. 

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata SK Kuala Penyarai masih tidak dapat dibuka kerana paras air masih tinggi. SK Kuala Penyarai mempunyai seramai 91 murid termasuk kanak-kanak prasekolah dan 17 guru serta lapan kakitangan awam bukan tenaga pengajar.

    “SK Kuala Penyarai masih tutup hari ini (semalam) kerana paras air masih sama seperti Isnin lalu tetapi kelas berjalan seperti biasa bagi SK Kaseng,” katanya.

    Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Kesenian dan Kebudayaan itu berkata keadaan cuaca juga kelihatan mendung semalam. “Beralih kepada 16 pusat pemindahan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir besar terdiri bangunan sekolah, balai raya dan tempat-tempat selamat dan tinggi.

    “Bagaimanapun, tidak ada sebarang aktiviti pemindahan berlaku di Kakus setakat ini,” katanya. Sementara itu, dilaporkan bahawa seramai 548 murid-murid sekolah terpaksa menghentikan aktiviti kelas di Miri dan Bintulu pada Isnin lalu akibat banjir.

    Ketua Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Mejar Ismail Mahedin berkata situasi banjir itu memaksa penutupan dua buah sekolah di Miri dan tiga di Bintulu kelmarin (Isnin). “Sekolah-sekolah terlibat di Miri ialah SK Rumah Ranggong, Subis dan SK Long Sobeng, Baram dan di Bintulu ialah SK Kuala Sigu, SK Genaan dan SK Bukit Balai,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir: Beberapa sekolah terus terjejas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top