My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 January 2017

    SPAD Buka Peluang Bida Projek BRT KL-Klang


    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempelawa pihak yang berminat untuk membida pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur (KL)-Klang sepanjang Lebuh Raya Persekutuan. 

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pihak SPAD berkata, bidaan itu terbuka kepada semua pembida di negara ini yang mempunyai pengalaman dalam projek transit atau infrastruktur dan pembinaan.

    Kata kenyataan itu lagi, skop pelaksanaan termasuk perancangan keseluruhan projek, mereka bentuk, kewangan, membina, mengendali, menyelenggara dan menaik taraf projek BRT Kuala Lumpur-Klang.

    Mana-mana pihak yang berminat, mereka diminta untuk melayari laman sesawang SPAD di http://www.spad.gov.my/tenders bagi mendapatkan maklumat tambahan. Tarikh akhir penghantaran bidaan adalah pada 2 Mei 2017.

    Untuk rekod, laluan perkhidmatan Bas Rapid Transit ini dikenal pasti sebagai antara inisiatif utama transformasi industri bas di Greater KL/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

    Menurut kenyataan yang sama, pihak SPAD menambah, laluan BRT KL-Klang adalah laluan paling utama di antara 12 koridor BRT yang dikenal pasti di bawah Kajian Kebolehlaksanaan BRT Lembah Klang.

    BRT KL-Klang yang dicadangkan itu adalah laluan khusus bas sepanjang 34 kilometer yang dilengkapi 25 stesen serta bakal meningkatkan kesalinghubungan antara laluan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter.

    Hentian bagi laluan BRT itu juga akan dihubungkan dengan perkhidmatan bas yang lain. Cadangan projek BRT KL-Klang akan mengurangkan masa perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Klang kepada hanya 40 minit, berbanding 70 minit ketika ini. Projek ini dianggar mampu memberi manfaat kepada 1.9 juta warga kota dan diramal akan memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 400,000 penumpang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Buka Peluang Bida Projek BRT KL-Klang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top