My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 January 2017

    Harimau Malaysia Diundi Dalam Kumpulan Sukar




    SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan B pada pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2019 bersama-sama pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon pada sesi undian rasmi yang berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam. 

    Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu melangkah ke saingan kelayakan berkenaan selepas menundukkan Timor Leste dengan agregat 6-0 pada aksi play-off tahun lalu dan misi untuk layak ke kejohanan bola sepak terbesar Asia tersebut nampak tipis.

    Atas kertas, skuad Harimau Malaysia merupakan pasukan paling lemah berdasarkan ranking dunia iaitu pada kedudukan ke-161 berbanding empat pesaing mereka iaitu Korea Utara (125), Hong Kong (140) dan Lebanon di tangga ke-148.

    “Kumpulan yang cukup mencabar dan saya lihat Korea Utara dan Lebanon merupakan pasukan pilihan selain Hong Kong yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

    “Saya akui ini bukan laluan mudah (untuk layak) tetapi kita perlu siapkan diri selain memastikan perancangan kita untuk mengharungi perlawanan tersebut dan aksi persahabatan akan dilalu tanpa sebarang sekatan,” kata Kim Swee dalam satu kenyataan semalam.

    Sebagai rekod, Malaysia pernah layak sebanyak tiga kali ke pusingan akhir Piala Asia iaitu pada tahun 1976 dan 1980 sebelum kali terakhir melakukannya ketika menjadi tuan rumah edisi 2007. 

    Selain pasukan tuan rumah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pasukan yang la–yak ke Piala Asia 2019 ialah Qatar, Korea Selatan, Jepun, Iran, Iraq, Syria, Australia, Uzbekistan, Arab Saudi, China dan wakil tunggal Asia Tenggara, Thailand.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Harimau Malaysia Diundi Dalam Kumpulan Sukar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top