My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 25 January 2017

    Kerjasama MPTN, CICC



    Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) menjalinkan kerjasama dengan China Intercontinental Communication Center (CICC) untuk membawa kandungan kreatif berkualiti tinggi dari China kepada penonton tempatan. 

    Kerjasama itu akan dimulakan melalui penyiaran dokumentari bertajuk USilk di saluran 8TV pada setiap Ahad jam 6.30 petang yang memaparkan kisah menarik mengenai budaya, ekonomi dan legenda berlatarkan negara di sepanjang Laluan Sutera atau Silk Road.

    Ketua Pegawai Eksekutif MPTN Datuk Kamal Khalid berkata, kerjasama jangka panjang itu akan menyaksikan kedua-dua pihak mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif perkongsian pengetahuan dan kemahiran.

    “Sebagai pemilik rangkaian media terbesar di negara ini, kami berupaya memberi sokongan kepada CICC dalam usahanya mencapai jutaan penonton melalui rangkaian televisyen ‘free to air’, tonton, media sosial serta platform media bersepadu Media Prima Berhad (MPB),” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MPB dan CICC di sini, semalam. Pada majlis itu, Kamal mewakili MPB manakala CICC diwakili Naib Presidennya Jing Shuiqing.

    Hadir sama, Timbalan Pengarah Biro Promosi Antarabangsa Pejabat Maklumat Majlis Negara Republik China (SCIO), Ling Li dan Ketua Seksyen Politik Kedutaan China, Wang Hongliu.

    Beliau berkata, kerjasama itu bakal memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat bagi industri media kedua-dua negara di mana mereka akan menjalankan pelbagai program termasuk pertukaran kakitangan, lawatan suai kenal serta latihan praktikal.

    “MoU ini menggariskan hasrat kedua-dua pihak meneroka usaha penawaran bersama termasuk usahasama mencipta jaluran dan rangkaian televisyen baru pada masa depan,” katanya. Jing berkata, CICC berusaha menjalin kerjasama aktif dengan organisasi penyiaran dan media global berpengaruh dengan negara di sepanjang Laluan Sutera.

    “USilk adalah batu loncatan yang digunakan untuk mencapai usahasama lebih rapat bagi memberi paparan kepada penonton global mengenai pelbagai kisah dan fakta menarik mengenai Laluan Sutera,” katanya.

    CICC adalah agensi komunikasi budaya antarabangsa yang memfokus kepada pelaburan dan penerbitan program berteraskan fakta mengenai China serta memiliki kepakaran khusus dalam produksi program audio visual, komunikasi dan operasi termasuk Internet dan media baru.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerjasama MPTN, CICC Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top